www.sparklee.com

Friday, December 2, 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tarikh : 3.11.2011

Tahun : Empat Cemerlang

Masa : 9.15 am -9.45 am

Tema : Pengalaman Indah

Tajuk : Perjalanan dengan Kereta Api

Hasil pembelajaran :

Fokus Utama : Kemahiran menulis

8.2. Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu

penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

Aras 3

1. Membina ayat majmuk dengan kata hubung

Fokus Sampingan: Kemahiran membaca

5.1. Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 3

1. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.

Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:-

1. Menyenaraikan kata hubung yang terdapat dalam teks yang dibaca.

2. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.

3. Membina ayat majmuk menggunakan kata hubung yang diberi.

Kemahiran Bahasa :

Kemahiran menulis,

Kemahiran membaca,

Kemahiran mendengar dan

Kemahiran bertutur.

Sistem Bahasa :
Tatabahasa : Ayat majmuk, Kata hubung

Kosa Kata : Destinasi, kereta kabel, gerabak, landasan, stesen, penumpang

Pengisian Kurikulum :

Ilmu - Kajian Tempatan, Geografi, Ekonomi

Nilai - Bersyukur, Hormat-menghormati, Patriotisme

Kewarganegaraan - Mencintai negara sendiri

Peraturan Sosiabudaya - Sopan santun

Kemahiran Bernilai Tambah :-

- Kemahiran Berfikir - mengkategori

- Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

- Kemahiran Belajar Cara Belajar

- Pembelajaran Konstruktivisme

Bahan Bantu Mengajar:

LCD, Komputer, Kad Perkataan, Lembaran Kerja, Petikan Teks

Pengetahuan Sedia Ada:

Murid pernah belajar tentang kata hubung dalam pelajaran yang lalu dan boleh

membina ayat majmuk

Langkah/ Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Langkah

Set Induksi

( 3 minit )

- Guru memperdengarkan bunyi kereta api

- Murid meneka bunyi yang diperdengarkan

oleh guru.

- Guru bersoal jawab dengan murid tentang

bunyi yang diperdengarkan

Bunyi kereta api dari laptop

Langkah 1

( 5 minit )

-menanam sifat berani kepada murid-murid

- Guru mempamerkan teks pada slaid untuk

dibaca oleh semua murid

- Murid membaca teks pendek bertajuk

”Perjalanan dengan Kereta Api” yang

dipaparkan pada slaid secara individu

- Guru bersoal jawab dengan murid

berkaitan maklumat yang terdapat dalam

teks sama ada yang tersurat atau tersirat

Petikan teks (Perjalanan dengan kereta api)

Langkah 2

( 5 minit )

-menguji kefahaman murid tentang isi pengajaran

-Guru meminta murid-murid

menyenaraikan kata hubung yang terdapat

di dalam teks

- Murid menyenaraikan dan menyebut kata

hubung yang terdapat di dalam petikan

yang, lalu, kerana,

dengan, dan,




Langkah/ Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Langkah 3

( 10 minit )

-menerang dan pengukuhan

- Guru memberikan penerangan kepada

murid tentang penggunaan kata hubung

dan jenis-jenis kata hubung

-Guru meminta murid berada kumpulan

untuk membina ayat majmuk

menggunakan kata hubung yang telah

dipamerkan oleh guru

- Setiap kumpulan dikehendaki membina

lima ayat majmuk menggunakan kata hubung

- Setelah ayat yang dibina siap ketua kumpulan

hendaklah membentangkan ayat yang telah

dibina kepada kumpulan yang lain.

-Kumpulan yang pertama membentangkan

ayat akan menerima ganjaran daripada guru.

LCD

Kad perkataan

dan

lalu

dengan

atau

yang

kerana


Langkah 4

( 5 minit )

-peneguhan

-Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan oleh murid

-Murid-murid melengkapkan lembaran kerja

yang diberikan oleh guru

-Guru memeriksa hasil kerja murid secara

kelas

Lembaran Kerja

10 soalan objektif

kata hubung

Penutup

( 2 minit )

- Guru membuat rumusan tentang kata hubung

- Guru menerapkan nilai murni dan memuji

murid.

bekerjasama

tolong menolong

No comments:

Post a Comment