Wednesday, December 7, 2011

LATIHAN KATA PERINTAH

KATA PERINTAH

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1.____________lah menangis lagi, Ani. saya pasti adik awak akan selamat.

A Tolong C Minta

B Harap D Usah

2. “____________basuh sayur-sayuran di atas sinki itu,” kata kakak.

A Jangan C Harap

B Tolong D Sila

3. “______________lengkapkan borang ini dengan butir-butir peribadi,” kata kerani itu.

A Harap C Usah

B Minta D Sila

4. “_______________makan kuih itu, kawan-kawan,” kata Ayuni.

A Sila C Minta

B Usah D Tolong

5. __________kita akan dapat berjumpa lagi pada masa akan datang.

A Jangan C Harap

B Jemput D Sila

6. “_________berpeluk tubuh sahaja. Bantulah mereka mencuci pinggan itu,” kata Sayuti.

A Tolong C Usah

B Minta D Sila

7. “__________semua calon UPSR membaca soalan dengan teliti,” kata Ketua Pengawas itu.

A Jemput C Usah

B Jangan D Minta

8. “________berikan wang ini kepada kakak awak,” kata Ayu.

A Sila C Tolong

B Harap D Jemput

9. “_________lah duduk, datuk. Nanti saya ambilkan air,” kata Mastura.

A Tolong C Jangan

B Sila D Minta

10. “___________sepak tong sampah itu,” kata emak kepada budak itu.

A Tolong C Harap

B Sila D Jangan

11. “_________lah kamu kenangkan lagi peristiwa itu, Dollah,” kata Mamat.

A Tolong C Usah

B Jangan D Sila

12. “Ali,__________ambilkan ibu serai,” pinta ibu.

A usah C jangan

B tolong D harap

13. Kalau datang ke Kuala Perlis, __________lah ke rumah saya.

A jemput C tolong

B mari D usah

14. ___________biarkan makanan terdedah, nanti akan dihinggapi lalat.

A Tolong C Jangan

B Harap D Minta

15. _______beratur semasa hendak membeli di kedai koperasi sekolah.

A Sila C Usah

B Jangan D Tolong

16. “Salmi, __________dibuat perkara yang tidak berfaedah itu,” jerit ibu.

A jemput C usah

B sila D tolong

17. _____________merokok ketika berada di dalam kawasan sekolah.

A Jangan C Sila

B Tolong D Harap

18. “__________sampaikan hadiah ini kepada kakak kamu,” kata Maznah kepada Nora.

A Sila C Tolong

B Jangan D Usah

19. _____________lah rasa kuih yang saya hidangkan ini

A Jangan C Tolong

B Sila D Harap

20. Saya______kamu dapat datang ke majlis perkahwinan pada hari Ahad nanti.

A tolong C usah

B minta D harap

4 comments: