www.sparklee.com

Wednesday, December 7, 2011

LATIHAN KATA PENEGAS

KATA PENEGAS

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Apa ______________ yang berlaku sehingga dia menjerit sekuat hati?

A tah C lah

B kah D pun

2. “Baling_____________ bola bowling itu kuat sedikit supaya semua jatuh,” kata pegawai sukan.

A lah C pun

B tah D kah

3. Pelajar itu boleh menyertai perkhemahan ini, itu____________ jika dia hendak.

A kah C pun

B tah D lah

4. “Pernah____________ awak kerugian sepanjang menjalankan perniagaan pinggan-mangkuk ini?” tanya Puan Letchumi kepada Suhana.

A kah C pun

B lah D tah

5. Abang___________ yang bekerja keras untuk menyara keluarga kami.

A tah C kah

B pun D lah

6. “Siapa___________ yang sudi menghantarku ke stesen bas,” kata Fendi di dalam hatinya.

A jua C pun

B tah D kah

7. Kita mesti mengamalkan budaya timur, apa___________ lagi jika kita berada di perantauan.

A lagi C tah

B jua D lah

8. Budak itu__________ yang handal bermain badminton?

A lah C pun

B kah D jua

9. Siapa_______ agaknya yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR pada tahun ini?

A kah C pun

B tah D tah

10. _____________ kami tidak nafikan, kamu sangat hebat dalam sukan bola sepak.

A Juga C Memang

B pun D Jika

11. Siapa_________ yang melukis buku ini?

A pun C nah

B kah D lah

12. Ini________ hadiah istimewa untuk ibu.

A lah C wah

B kah D tah

13. Siapa___________ yang ingin bersenam pagi – pagi ini.

A tah C lah

B jua D juga

14. Kemalangan itu berlaku dekat dengan rumah kamu___________?

A kah C jua

B lah D pun

15. “Apa__________ dayaku yang miskin ini,” keluh lelaki tua itu.

A pun C lah

B jua D kah

16. Di dalam poketnya ___________ ada segugus kunci rumah.

A juga C hanya

B lagi D sahaja

17. Apa________ rancangan kamu, mereka tetap tidak menerimanya.

A memang C pun

B tah D jua

18. Selain menyulam, Azura _______________ pandai menggubah bunga.

A juga C sahaja

B lagi D memang

19. Mana___________ gerangan pendekar kecil itu?

A kah C pun

B tah D lah

20. Apa___________ punca pergaduhan antara Ah Keong dengan Raju?

A juga C memang

B tah D kah

5 comments: