www.sparklee.com

Monday, December 5, 2011

LATIHAN KATA GANTI NAMA TEMPAT DAN TUNJUK

KATA GANTI NAMA TEMPAT DAN TUNJUK

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1. “ Mesin basuh yang baru tiba itu ___________?” tanya Fatin kepada

jurujual itu.

A mana C ini

B apa D siapa

2. Peristiwa ______________ masih segar dalam ingatan Pak Abu.

A ini C sini

B itu D situ

3. Ulang tahun kemerdekaan Negara kita pada kali _____________ jatuh pada hari Jumaat.

A itu C sana

B ini D sini

4. Suria tidak ke _______________ sepanjang cuti persekolahan yang lalu.

A apa – apa C mana – mana

B bila – bila D siapa – siapa

5. “Wakil rakyat itu akan datang ke _______________ sebentar lagi,” kata ketua kampung kepada pemuda di sebelahnya.

A sana C sini

B ini D itu

6. Para tetamu diminta duduk di ________________ tempat yang masih kosong.

A mana – mana C apa – apa

B mana D sesiapa

7. Letakkan meja dan kerusi rosak ini di _____________ bilik yang mempunyai ruang,” kata guru disiplin kepada murid – murid.

A mana – mana C siapa – siapa

B bila – bila D apa – apa

8. “Di ___________kah letaknya masjid Putrajaya?’ tanya Encik Adam kepada lelaki itu.

A mana C berapa

B apa

9. “Awak berasal dari ______________?” tanya Umar kepada jiran barunya.

A apa C mana

B siapa

10. Jika tiada ______________ pertanyaan tentang kertas soalan, mulalah menjawab soalan itu.

A mana – mana C bila – bila

B apa – apa D siapa – siapa

11. Puisi _____________ saya tujukan untuk ibu tersayang yang telah pergi buat selama – lamanya,” kata Mira.

A sini C itu

B sana D ini

12. Kedai hiasan dalaman di seberang jalan ____________ dihias sangat cantik.

A itu C sana

B ini D begitu

13. Di _____________lah berlakunya kemalangan ngeri yang menyebabkan semua penumpangnya meninggal dunia.

A ini C sini

B begitu D begini

14. Perbuatan pemuda itu mencuri barang – barang surau akan menimbulkan kemarahan penduduk di _____________.

A ini C begitu

B situ D demikian

15. Jika ada _____________ perkara yang tidak diingini, sila maklumkan segera kepada pihak polis.

A apa – apa C bila – bila

B mana – mana D siapa - siapa

16. Ketuhar ________________ lah yang dimenangi oleh Mak Teh secara percuma semasa acara cabutan nombor bertuah yang diadakan di Pasar Raya Mutiara.

A situ C ini

B sini D itu

17. Pilih ________________ kasut yang padan warnanya dengan baju kebaya itu.

A siapa - siapa C bila – bila

B mana – mana D apa – apa

18. ________________ lah nasib yang dialami oleh Lebai Malang itu.

A begini C situ

B begitu D sini

19. ________________ sajalah buah tangan yang dapat saya berikan kepada kamu.

A ini C sana

B itu D sini

20. Kita perlu berusaha gigih, rezeki ada di ______________ .

A bila – bila C siapa – siapa

B apa – apa D mana – mana

No comments:

Post a Comment