Tuesday, December 6, 2011

LATIHAN KATA SENDI NAMA

KATA SENDI NAMA

Pilih jawapan yang paling sesuai

1. Banyak manfaat yang kita peroleh _____ceramah itu.

A daripada C antara

B akan D dari

2. Faizal mengirim sepucuk surat _____kawannya.

A ke C kepada

B dari D daripada

3. Pak Mahmud bekerja di ladang kelapa sawitnya dari pagi hingga _____ petang.

A di C pada

B ke D kepada

4. Pegawai Pelajaran Kota Bharu menyampaikan hadiah _____para pelajar.

A untuk C kepada

B pada D ke

5. Harga kain batik tulis lebih mahal _____harga kain batik cap.

A oleh C dari

B dengan D daripada

6. Anis membeli sehelai selendang _____ibunya sebagai hadiah hari jadi.

A daripada C demi

B untuk D bagi

7. Anak-anak harimau yang ditangkap itu berusia antara tiga _____ empat tahun.

A di C kepada

B dengan D hingga

8. Cikgu Mariah menasihati kami supaya mempunyai rasa belas kasihan _____ binatang.

A terhadap C demi

B hingga D oleh

9. Oleh sebab rasa cinta _____ kebudayaan Melayu, Puan Suzy sanggup menjelajah seluruh Negara untuk membuat kajian.

A dalam C akan

B untuk D terhadap

10. Pak Din menjaga potret-potret yang dilukis _____ anaknya itu dengan baik.

A sejak C tentang

B oleh D dalam

11. Pinggan mangkuk Vantage yang dihiasi corak bunga –bungaan mendapat sambutan yang baik _____ peminat porselin.

A untuk C dengan

B antara D daripada

12. Taman Botani dan Taman Negara sering menjadi tumpuan pengunjung terutamanya _____ hujung minggu.

A di C pada

B Kepada D umpama

13. Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya mengamalkan sikap tolong_menolong antara satu sama lain _____ kehidupan seharian.

A demi C bagai

B dalam D untuk

14. Ibu menaburkan padi usang itu ke tanah _____ dimakan oleh ayam-ayam peliharaannya.

A untuk C daripada

B sampai D kepada

15. Tini rindu _____ kedamaian kampung neneknya yang terletak di kaki Gunung Ledang.

A pada C antara

B akan D kepada

16. Lima orang pendaki yang hilang _____ tiga hari yang lalu telah dijumpai

di dalam hutan tebal di kaki Gunung Tahan.

A hingga C sejak

B seperti D antara

17. Samila telah terpilih sebagai pemain boling terbaik _____ Majlis sukan sekolah-sekolah Malaysia .

A oleh C akan

B pada D bagi

18. Tengku Suria telah banyak mengorbankan masanya _____ membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit AIDS di rumah kebajikan itu.

A tentang C untuk

B di D kepada

19. Ibu mengucapkan terima kasih kepada Puan Norma _____ menjaga rumah sepanjang kami pergi bercuti di Pulau Phuket.

A untuk C daripada

B kepada D dengan

20. _____ Ayu dan Ani, Ayu lebih cekap menjaringkan gol walaupun Ani mempunyai lima tahun pengalaman dalam permainan hoki.

A Dalam C Antara

B Terhadap D Tentang

No comments:

Post a Comment