www.sparklee.com

Monday, December 5, 2011

LATIHAN KATA NAMA AM

KATA NAMA AM

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1. __________ yang terletak di hujung kampung mengeluarkan hasil yang lumayan.

A Kebun C Buah

B Pokok D Tumbuhan


2. Mak Lijah mengikat sebilah __________ pada galah itu untuk mengait jantung pisang.

A tajak C parang

B gunting D pisau


3. Kerja sebagai seorang anggota __________ adalah untuk menangkap dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.

A tentera C rela

B polis D kastam


4. _________ handalan itu telah memecahkan rekod acara 100 meter yang bertahan selama lima tahun.

A Orang C Atlet

B Pasukan D pemain


5. Kawasan itu akan dimajukan sebagai kawasan __________ yang baharu tidak lama lagi.

A perumah C perumahan

B rumah D berumah

6. Seorang __________ ternama sedang bermain golf sambil berbincang urusan jual beli dengan rakan-rakannya.

A pekerja C pegawai

B peniaga D usahawan

7. Bapa saya pernah menjadi __________ sekolah di kampung ini.

A ketuaan C mengetua

B ketua D pengetua

8. Banyak _________ gemar melawat tempat-tempat menarik di negara ini.

A pelancung C pelancong

B pendatang D pelawat

9. Para pelajar sedang sibuk menghias __________ sekolah kerana majlis anugerah kecemerlangan akan diadakan lusa.

A taman C kantin

B dewan D kedai

10. Pada zaman dahulu, banyak _________ datang ke Melaka untuk urusan perniagaan.

A pengurus C penjual

B penjaja D pedagang

11. __________ yang dibonceng oleh abang tersadai di tepi jalan kerana kerosakan enjin.

A Bas C Basikal

B Kereta D Motosikal

Soalan 12 berdasarkan gambar 1

Scan10023

Gambar 1

12. Kakak mencuba __________ yang baru dibeli oleh ibu.

A subang C kerongsang

B gelang D cincin

13. Pemuda buta itu pandai mengayam _________ daripada buluh.

A tikar C kotak

B bakul D bekas

14. Abang baru membeli sebuah __________ berjenama Sony.

A jam C radio

B komputer D gitar

15. Saya dan Samy belajar di _________ yang sama sejak dari tahun satu hingga kini.

A dewan C tadika

B sekolah D balai

16. Adik saya menyertai pertandingan menulis __________ bagi kategori murid tujuh hingga sembilan tahun.

A cerpen C skrip

B cerita D novel

17. __________ itu diminati kerana kelunakan suaranya apabila beliau mendendangkan lagu.

A Penari C Penyair

B Penyajak D Penyanyi

18. Anggota rukun tetangga bertugas untuk menjaga __________ saya pada setiap malam.

A pekan C kampung

B negeri D negara

Soalan 19 berdasarkan gambar 2

Scan10023b

Gambar 2

19. Di dalam tin kosong itu terdapat banyak __________ kerana air bertakung.

A jejentik C lelabah

B riang-riang D umang-umang

20. Saya telah mengirim sepucuk __________ kepadanya untuk bertanya khabar.

A kad C nota

B kertas D surat

1 comment: