www.sparklee.com

Monday, December 5, 2011

LATIHAN KATA GANTI NAMA DIRI

KATA GANTI NAMA DIRI

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1.“Ampun__________, bolehkah _____mengiringi mereka ke sana?” tanya Tuah kepada Sultan Mahmud Shah.

A beta…hamba C yang mulia…beta

B baginda…hamba D tuanku…patik

2._______mesti berlatih bersungguh-sungguh jika ingin menentang_________,” kata ketua pasukan kepada sahabatnya.

A awak… mereka C Kita … mereka

B Anda … aku D Awak … saya

3.”Masalah itu patut______selesaikan supaya____________tidak merajuk lagi,” kata Ali kepada kawan-kawannya.

A awak … mereka C aku … kita

B engkau … beliau D kita … dia

4. “Ampun _______, apakah hajat ________meminta ______ datang menghadap?” sembah Bendahara Tun Perak

A baginda … tuanku … hamba C tuanku … beta … patik

B beta … baginda … hamba D tuanku … tuanku … patik

5. _______ bertiga telah diarahkan oleh________membersihkan taman mini ini.

A Kami … awak C Mereka … beliau

B Beta … dia D Mu … kami

6. “Perbuatan ________memang tidak ________gemari,” kata Adnan kepada budak-budak itu.

A anda … dia C kita … beliau

B kamu … ku D awak … saya

7. Pen ini________hadiahkan kepada__________,” kata Ani kepada Ayu.

A nya … awak C aku … kami

B kita … anda D ku … mu

8. Amin bermain bola sepak di padang. ________bermain bersama rakannya.

A Mereka C Kami

B Dia D Engkau

9. “Pukul berapa________akan sampai di rumah?” tanya Puan Aini kepada Taha.

A kami C mereka

B awak D kamu

10. Kami berikrar akan melakukan apa sahaja yang ________suruh.

A kita C mereka

B awak D kami

11. Sultan Muzaffar telah mangkat. Jenazah_________akan dimakamkan di kawasan makam diraja.

A beliau C dia

B baginda D nya

12.“________ yang melakukan kesalahan, bukan saya,” kata lelaki itu sambil menunjuk ke arah Ah Hong.

A Saya C Dia

B Kami D Mereka

13. ________ akan berangkat ke balai persidangan tidak lama lagi.

A Baginda C Beta

B Aku D Hamba

14. Murid-murid di dalam kelas itu mengutamakan kebersihan. _________ ingin belajar dalam suasana yang ceria.

A Mereka C Kita

B Kalian D Kamu

15.“________ telah dirompak oleh ________,” rintih kumpulan pelancong itu sambil menunjuk ke arah perompak yang melarikan diri.

A Hamba, dia C Kami, mereka

B Kita, nya D Saya, dia

16.Sami ialah anak angkat Encik Siva. Ibu bapa _______ meninggal dunia setahun yang lalu.

A kami C kita

B mereka D nya

17. Ayah Amin sakit. Kami sudah melawat _______ di hospital semalam.

A nya C mereka

B dia D beliau

18.Aini dan keluarga _______ telah berpindah ke Kuantan sejak dua tahun yang lalu.

A ia C nya

B kami D dia

19.Kepulangan ________ sekeluarga dari Mekah telah disambut oleh sanak-saudara dan penduduk kampung.

A kita C saudara

B kami D ianya

20.Perdana Menteri telah sembuh selepas ________ diberi rawatan di hospital.

A dia C kalian

B baginda D beliau

No comments:

Post a Comment