www.sparklee.com

Wednesday, November 30, 2011

KATA NAMA

Golongan kata nama


Subgolongan
ciri
jenis
contoh
Nama khas
Hidup
Manusia
Ali, Fatimah, Tun Abdul Razak, Hang Jebat, Aziz Osman
Bukan manusia
Bujang senang, Si Tompok, Pak Belang
Tak hidup

Gunung Kinabalu,
Gua Musang, Sabak Bernam, Proton Saga, Waja, Wira.
Nama am
Konkrit

Kepala, meja, pelajar, ketua, kapal terbang
Abstrak

Harapan, kemahuan, kecuaian,keberanian, kesenangan, dengki.
Ganti nama
Penunjuk

Ini, itu


Tanya
Siapa, apa, mana

Diri
Orang pertama
Saya, beta, aku, patik, kami, kita
Orang kedua
Awak, kamu, engkau anda, saudara, saudari, tuan hamba.
Orang ketiga
Ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya

JENIS AYAT

Jenis ayat

Jenis Ayat (mengikut tujuan ayat)
Ayat Penyata Ayat Tanya Ayat Perintah Ayat Silaan Ayat Permintaan
Untuk menyatakan sesuatu atau memberi keterangan. contoh:
Mereka berkumpul di padang sekolah. Orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu
Bangunan sekolah sudah tua.
Pemuda itu membawa ibunya ke klinik.
Untuk bertanya atau menyoal. Ayat tanya boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
i. Ayat tanya tanpa kata tanya
contoh:
Dia ke kedai lagi? Dr. Mahathir ke White House?
Perempuan tua itu ibunya?.
ii. Ayat tanya dengan kata tanya atau sendi nama
contoh:
Cikgu kamu siapa? Siapakah cikgu itu? (kata tanya dengan partikel)
Saudari tinggal di mana?
Di manakah saudari tinggal?.(kata tanya dengan partikel)
Cikgu kamu siapa?
Siapakah cikgu itu? (kata tanya dengan partikel)
Saudari tingal di mana?
Di manakah saudari tinggal?.(kata tanya degan partikel)
Bertujuan menimbulkan tindak balas daripada orangkedua. Umumnya tindak balas dapat diperolehi melalui suruhan, larangan, silaan, dan permintaan.
Untuk tujuan suruhan, larangan, silaan dan permintaan, maka ayat perintah menggunakan kata perintah seperti jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan sebagainya.
Ayat silaan ialah untuk menjemput atau menyilakan orang melakukan sesuatu. Ayat-ayat ini menggunakan kata perintah seperti jemput dan sila. Partikel -lah juga boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
contoh:
Sila jawap surat ini sekarang Silalah jawap surat ini sekarang. (Lebih lembut)
Ayat permintaan bertujuan meminta sesuatu dan biasanya menggunakan kata perintah tolong dan minta. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan lagi ayat.

RAGAM AYAT

Ragam Ayat

Dalam penggolongan kata, kata kerja terdiri daripada dua jens, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.

Kata kerja tak transitif ini pula ada dua bentuk, iaitu aktif dan pasif.

Ayat yang menggunakan kata kerja transitif aktif mengandungi subjek dan predikt yang mengandungi objek.

Dengan menggunakan imbuhan pasif di- atau kata bantu pasif kena, ayat transitif aktif dapat ditukar ragamnya menjadi ayat pasif.

Di samping itu, ayat aktf yang subjeknya terdiri daripada kata ganti diri orang pertama ( seperi saya, kami aku) dan orang kedua (seperti awak, kamu, engkau, anda) , kata ganti nama berkenaan boleh digunakan sebagai penanda pasif pada dasar kata kerja.

Ayat Aktif

Ayat Pasif

Subjek

Predikat

Subjek

Predikat

Frasa Nama

Kata kerja

Frasa Nama (Objek)

Frasa Nama

Kata Kerja

Frasa Nama (Objek)

Cikgu

memotong

rumput

Rumput

dipotong

oleh cikgu

Kereta itu

melanggar

tembok

Tembok itu

terlanggar

oleh kereta itu

Kucing itu

meratah

ayam goreng itu

Ayam goreng itu

kena ratah

oleh kucing itu

Ayat aktif mementingkan frasa nama yang menjadi subjek, iaitu cikgu, kereta itu dan kucing itu.

Ayat yang sama apabila dipasifkan, mementingkan objek ayat aktif , yakni rumput, tembok itu dan ayam goreng itu, dan oleh sebab itu, objek tadi dijadikan subjek ayat pasif. (lihat jadual di atas)

Dalam hal ini berlaku perubahan peranan kepada frasa nama.

Ayat songsang

Ayat-ayat pasif yang dibentuk oleh kata ganti nama boleh didepankan predikatnya untuk menjadi ayat songsang. LIhat jadual di bawah:

Ayat Aktif

Ayat Pasif

Subjek

Predikat

Subjek

Predikat

Saya

mengarang puisi malam ini

Puiis ini

saya karang semalam

Awak

mengukus kek itu untuk cikgu

Kek itu

awak masak untuk cikgu

Kami

menanam pokok-pokok bunga itu

Pokok-pokok bunga itu

kami tanam

Ayat boleh disongsangkan seperti berikut:

  • Saya karang puisi ini semalam
  • Awak masak kek itu untuk cikgu
  • Kami tanam pokok-pokok bunga itu.


Ayat-ayat berkenaan di atas bukan ayat tranditif aktif.

Kata ganti nama diri saya, awak, dan kami bukan subjek ayat berkenaan.

Subjek ayat berkenaan ialah puisi, kek dan pokok-pokok bunga.

Ayat-ayat ini ialah ayat pasif songsang.

Predikat ayat-ayat berkenaan dicetak miring.

PENGIMBUHAN

Pengimbuhan

Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.
Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.
Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Imbuhan Kata Nama
Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan - awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Contoh imbuhan pada awalan ayat
Awalan Varian Contoh perkataan contoh penggunaan
ke- ke kerabat, ketladak, kekasih Kerabat diraja itu makan di warung sahaja.
maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang diterbitkan mungkin konkrit atau bastrak
peN- pe- pewangi, peragut, pesalah Orang ramai membelasah peragut rantai itu sehingga pengsan.

pem- pemfatwa, pemproses, pemberontak Mesin pemproses sawit itu mahal harganya.

pen- pensyarah, penswastaan, penagih, pendapat Pensyarah itu keletihan kerana menyampaikan lima kuliah sehari

peng- pengkritik, pengamal, pengkhianat, pengacau, pengaudit, penghantar, pengasuh Pengacau itu menggangu pengasuh kanak-kanak setiap hari.

penge- pengecualian, pengeluar, pengesan, pengebom Pengebom berani mati itu terkorban akibat perbuatan sendiri

pel- pelabur, pelajar, pelayar, pelampau, pelakon Pelabur diingatkan supaya menyemak nombor kad pengenalan sebelum mengisi borang.
peR- per pertapa Pertapa itu menghabiskan masa enam purnama untuk menghabiskan zikirnya.
juru- juru- jurutaip, jururunding, jurubahasa Semua tugas diserahkan kepada jurutaip, sehingga akhirnya dia meletakkan jawatan.
dwi-(menunjukkan bilangan dua bagi kata dasar) dwi- dwibahasa, dwifungsi, dwiedaran Majalah itu diterbitkan dalam dwibahasa iaitu Tamil dan Inggeris.
eka-(menunjukkan bilangan satu, kadangkala dirujuk juga adi-) eka- ekabahasa, ekakaum, ekafungsi Pengunaan ekabahasa belum tentu menjamin perpaduan negara
pasca-(dirujuk kepada `selepas') pasca- pascasiswazah Pengajian pascasiswazah merujuk kepada bidang-bidang sarjana dan kedoktoran.
pra-(menunjukkan makna `sebelum') pra- prasejarah, prakemerdekaan Ahli arekologi itu menggali tulang-temulang manusia prasejarah.
swa-menunjukkan maksud `sendiri') swa- swalayan, swamodal, swakarya Pelanggan mengambil sendiri makanan di restoran swalayan itu.

Contoh imbuhan pada akhiran ayat
Akhiran contoh perkataan
-man (menunjukkan sifat perkara - samada orang atau benda- yang dirujuk) seniman, budiman
-wan (perkara yang dirujuk adalah ahli dalam bidangnya) olahragawan, usahawan
-wati (menunjukkan wanita yang ahll dalam bidangnya) pragawati, olahragawati
-an pakaian, kudapan, senaman, latihan, kenalan, jualan

Contoh imbuhan pada apitan ayat
Apitan contoh perkataan
ke....an kezaliman, kesenangan
pe...an peranan, pesisiran, pelancongan, pekarangan, peperangan
peN...an penyusunan, pengurangan

Contoh imbuhan sisipan pada ayat
sisipan contoh perkataan
-el- telunjuk, kelengkeng, kelabut
-er- keruping, seruling, serabut
-em- kemuning, kemuncup, kemelut