Monday, December 5, 2011

LATIHAN KATA GANTI NAMA PERTANYA

KATA GANTI NAMA PERTANYA

Pilih ayat yang menggunakan kata ganti nama pertanyaan yang betul.

1. “ Boleh saya tahu, yang datang semalam itu _______ ? ” tanya Rizal kepada Suzi.

A bila C siapa

B apa D mana

2. “ Tolong buka beg , saya nak tengok _______ yang ada di dalamnya,”

Kata Cikgu Ani kepada Ayu.

A bila C siapa

B apa D berapa

3. “________ Pak Adib dan isterinya akan berangkat ke Mekah ? ” tanya Haji Sudin kepada isterinya.

A Bilakah C Di manakah

B Siapakah D Bagaimanakah

4. ________ kamu tidak datang ke kelas tambahan semalam ?

A Bagaimanakah C Berapakah

B Mengapakah D Bilakah

5. ________ harga sekilogram buah duku ini ?

A Di manakah C Bilakah

B Berapakah D Adakah

6. Selamat pagi, ________pesanan cik ?

A bilakah C apakah

B adakah D di manakah

7. _______ kamu akan bertolak ke London ?

A Bilakah C Siapakah

B Berapakah D Di manakah

8. _______ caranya kamu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ?

A Bilakah C Berapakah

B Siapakah D Bagaimanakah

9. Bilangan pelajar yang dipilih menyertai pertandingan lukisan itu ______?

A bila C siapa

B apa D berapa

10. Tuan punya kereta berwarna putih itu ______ ?

A siapa C apa

B mana D berapa

11. Harga buku yang kamu beli itu _____ ?

A mana C kenapa

B berapa D bagaimana

12. Beg yang kamu beli itu untuk ______?

A berapa C siapa

B mana D apa

13. “______ lagi yang tidak kena ,Amin ?”tanya ibu.

A Apa C siapa

B Bila D Mengapa

14. Pada hari ______kah kamu akan pulang ke Negeri Sembilan?

A bila C apa

B mana D berapa

15. Yang ______kah baju yang sesuai dipakai untuk majlis di istana nanti?

A bagaimana C siapa

B mana D apa

16. Cara untuk menenun kain songket _____?

A bagaimana C berapa

B mengapa D siapa

17. Lelaki yang datang ke rumah kamu semalam _____?

A apa C siapa

B mana D mengapa

18. Perasmi sukan tahunan sekolah kamu _____?

A berapa C apa

B siapa D bila

19. Yang duduk di hadapan guru besar itu _____?

A apa C bila

B berapa D siapa

20. Adik-beradik awak _____ orang?

A apa C siapa

C berapa D bagaimana

No comments:

Post a Comment