www.sparklee.com

Wednesday, December 14, 2011

LATIHAN KATA GANDA

KATA GANDA
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih kata-kata yang paling sesuai

1. Sejak berpindah ke bandar ,Sukri tidak _________ lagi tentang perkembangan yang berlaku di kampung itu.
A tanya-menanya C kenal-mengenal
B tahu-menahu D tengok – menengok
2. Gadis itu _______ ke pejabat kerana sudah lewat.
A terkial-kial C tercungap-cungap
B terkinja-kinja D terkocoh-kocoh
3. Kedengaran _______ suara orang bernyanyi ketika saya duduk di atas pangkin itu.
A jelas-jelas C samar-samar
B sayup-sayup D jauh-jauh
4. Selepas mesyuarat mereka minum sambil _____ di tepi kolam renang itu.
A berbual-bual C bercakap-cakap
C berehat-rehat D berbaring-baring
5. Encik Razak membawa _______ dari Surabaya untuk kami.
A oleh-oleh C abuk-abuk
B otak-otak D sagu-sagu
6. Beberapa ekor ______ yang berwarna –warni terbang di dalam rumah kami.
A kupu-kupu C labah-labah
B pijat-pijat D labi-labi
7. Suasana dalam mesyuarat itu ______ apabila dua pihak berbalah.
A huru-hara C lintang-pukang
B hingar-bingar D porak-peranda
8. Jalan raya yang _____ itu amat berbahaya khususnya kepada penunggang motosikal dan basikal.
A lintang-pukang C lekuk-lekak
B lintang-kedak D kacau-bilau
9. Seorang pekerja bahagian stor telah diberhentikan ______ oleh pihak pengurusan pasar raya itu kerana masalah disiplin.
A terus-menerus C serta-merta
B pontang-panting D tunggang-langgang
10. _______ penceroboh itu sedang diperhatikan oleh pihak keselamatan melalui kamera litar tertutup.
A Tingkah-laku C Gerak-geri
B Sorak-sorai D Desas-desus
11. Jalan raya yang baru diturap itu memudahkan kami _____ ke tempat kerja.
A ulang-alik C mundar-mandir
B pindah-randah D lalu-lalang
12. ______ waris keluarga yang ditimpa kemalangan itu masih kedengaran.
A Kumat-kamit C Bongkar-bangkir
B Senda-gurau D Sedu-sedan
13. Ada _______ yang mengatakan bahawa pengurus syarikat itu akan meletakkan jawatan.
A tindak-tanduk C corat-coret
B karut-marut D desas-desus
14. Mata budak itu _______ apabila dimarahi oleh ibunya.
A terkebil-kebil C terkelip-kelip
B terkial-kial D terikut-ikut
15. Penjahat itu ______ untuk melepaskan diri.
A melaung-laung C meraung-raung
B meronta-ronta D menarik-narik
16. Para penyokong pasukan bola sepak Selangor _______ apabila Bambang berjaya menjaringkan gol.
A terkial-kial C terkebil-kebil
B terikut-ikut D terlonjak-lonjak
17. Pelbagai program telah diatur demi menggalakkan penduduk taman itu ______ antara satu sama
lain.
A percaya-mempercayai C perlu-memerlukan
B kasih-mengasihi D kenal-mengenal
18. ”Budi cikgu akan saya kenang _______ ,” kata Fatin.
A sekuat-kuatnya C selama-lamanya
B semalam-malaman D sehari-harian
19. Kita jangan mudah ______ akan cara hidup barat.
A terambil-ambil C terikut-ikut
B tertiru-tiru D terbuai-buai
20. Sampah sarap yang _____ di Sungai Kelantan itu adalah akibat daripada perbuatan segelintir orang
yang tidak bertanggungjawab.
A tertimbul-timbul C tersekat-sekat
B tertindih-tindih D terapung-apung

2 comments: