www.sparklee.com

Wednesday, December 7, 2011

LATIHAN KATA PENJODOH BILANGAN

KATA PENJODOH BILANGAN

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1. Beberapa ________ bunga orkid segar menghiasi ruang tamu rumah Datin Mariam.

A biji C jambak

B helai D batang

2. Abang Helmi menerima ________ surat daripada sebuah pusat pengajian tinggi di ibu Negara.

A sekeping C sehelai

B sepucuk D senaskah

3. Encik Kamal telah diminta untuk menyampaikan ________ dua kata sempena majlis persaraan beliau.

A sebaris C sepatah

B sebuah D serangkap

4. Emak sempat membeli beberapa ________ paku-pakis di pasar tani untuk dimasak.

A pucuk C batang

C ikat D cekak

5. Pak Mail menebarkan se________ jala untuk menangkap ikan di sungai berhampiran rumahnya.

A keping C bidang

B kajang D rawan

6. Amirah membawa se________ payung ke sekolah supaya tidak kehujanan.

A kaki C batang

B buah D bentuk

7. Ayah menghadiahi kakak ________ anting-anting emas sempena ulang tahun hari lahir.

A sebentuk C seutas

B sepasang D sebuah

8. ________ lembu sedang meragut rumput di padang.

A sekawan C sekumpulan

B segerombolan D sepasukan

9. Seniman negara terkenal telah diundang untuk membacakan beberapa ________ puisi sempena

sambutan Malam Kemerdekaan.

A cebis C naskhah

B patah D rangkap

10. Pihak berkuasa berjaya memusnahkan dua ________ bom lama yang dijumpai oleh seorang nelayan.

A biji C buah

B butir D laras

11. Pak Salleh berjalan pulang dari dusunnya sambil memikul se ________ kayu api.

A ketul C berkas

B pucuk D keping

12. Ayah terpaksa menjual ________ tanah pusaka untuk membiayai pelajaran abang di luar negara.

A sepotong C selembar

B sebidang D sebuah

13. Kak Bedah memberikan beberapa ________ jagung bakar kepada jiran barunya.

A biji C buah

B batang D tongkol

14. Penceramah itu mengakhiri ceramahnya dengan membacakan ________ pantun nasihat.

A sebuah C serangkap

B seuntai D serangkai

15. Dua ________ gerai baru telah dibina oleh pihak Majlis Perbandaran Kelang untuk memudahkan para peniaga.

A biji C baris

B butir D batang

16. Di dalam beg kecil itu terdapat dompet dan se ________ kunci.

A butir C kuntum

B berkas D helai

17. Tiga ________ permaidani disandarkan pada dinding untuk mengelakkannya daripada terkena habuk.

A kaki C lembar

B buku D gulung

18. Layang-layang Amin tersangkut pada dahan se________ pokok.

A buah C pohon

B dahan D batang

19. Pak Aziz memakan beberapa ________ pulut sebagai sarapan pagi.

A kepal C genggam

B ketul D cubit

20. Ibu membeli tiga ________ petai di pasar malam.

A butir C rawan

B kepal D papan

No comments:

Post a Comment