www.sparklee.com

Wednesday, December 7, 2011

LATIHAN KATA BILANGAN

KATA BILANGAN

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1. _________ orang warga asing yang tinggal di rumah itu telah ditahan kerana memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.

A Seorang C Seratus

B Beberapa D Sebilangan

2. __________ kemudahah awam telah disediakan oleh pihak kerajaan, namun sesetengah orang tidak pandai untuk menghargainya.

A Semua C pelbagai

B Kesemua D Banyak

3. Sikap ________ daripada masyarakat kita yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan berlakunya pencemaran alam di negara ini.

A setengah C seluruh

B sebahagian D sekalian

4. Dalam pertandingan itu, Hisham hanya mampu menduduki tempat yang ke _________.

A kedua C pertama

B akhir D tiga

5. Apabila Cikgu Karim masuk ke dalam kelas, murid-murid pun mengeluarkan buku Bahasa Melayu _________.

A setiap C tiap-tiap

B sebahagian D masing-masing

6. _________ daripada kawasan tanah di kawasan pedalaman telah dimajukan oleh kerajaan.

A Tiga suku C Semua

B Sedikit D Seluruh

7. Regu badminton negara telah berjaya mendapat tempat yang ________ dalam pertandingan badminton peringkat dunia.

A ketiga-tiga C pertama

B akhir D satu

8. _________ pelancong yang datang ke negara ini mestilah mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

A Berbagai-bagai C Sebahagian

B Sekalian D Setiap

9. _________ yang hadir diminta berdiri apabila Perdana Menteri memasuki dewan itu.

A Sebahagian C Semua

B Segala D Setengah

10. Setelah diberikan _________ biji buah manggis, budak itu pun beredar dari situ.

A beberapa C seluruh

B kedua D pelbagai

11. Bulan April mempunyai ________ hari.

A tiga C tiga puluh

B tiga belas D tiga ratus

12. Hampir ________ pengunjung menghadiri pameran automobil yang berlangsung sejak seminggu lalu.

A semua C sebilangan

B sekalian D sepuluh ribu

13. ________ pelajar dikehendaki memakai pakaian yang kemas dan bersih.

A Semua C Sekalian

B Seluruh D Sebahagian

14. Chong memberikan makanan kepada ________ anak ikan emas itu.

A para C kelima-lima

B separuh D dua pertiga

15. ________ ikan emas itu mendapat makanan yang mencukupi.
A Setiap C Sekalian

B Seluruh D Segala

16. Setiap pagi jalan raya sesak kerana orang ramai menuju ke tempat kerja ________

A sendiri C beribu-ribu

B tiap-tiap D masing-masing

17. _________daripada kek itu akan dibahagikan kepada kawan-kawan Alia.

A Setiap C Dua pertiga

B Seluruh D Sesetengah

18. Gadis bertudung itu akan menunggu teksi di situ ________ pagi.

A tiap-tiap C beberapa

B setengah D sekalian

19. Kata Guru Besar, ”Murid-murid ________ minggu hadapan akan diadakan Penilaian Kemajuan Sekolah Rendah. ”

A segala C seluruh

B setiap D sekalian

20. ________ buah rumah tenggelam dalam banjir itu.

A Beribu-ribu C Berkotak-kotak

B Berpuluh-puluh D Berjuta-juta

No comments:

Post a Comment