www.sparklee.com

Tuesday, December 6, 2011

LATIHAN KATA KERJA

KATA KERJA

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1. Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya _______ sauh yang berat itu di muara sungai.

A menghulurkan C meletakkan

B melontarkan D melabuhkan

2. Kakak ________ erat pinggang ibu sewaktu berpayung dalam hujan yang lebat itu.

A mencapai C menggarap

B menduduki D merangkul

3. Pendaki yang hilang semasa mendaki Gunung Ledang telah _________ di kawasan hutan tebal di kaki bukit.

A terjumpa C berjumpa

B dijumpai D menjumpai

4. Pihak polis telah berjaya ________ kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan.

A menumbangkan C menewaskan

B menundukkan D menumpaskan

5.Hakisan tanah dapat dielakkan jika ________ hutan dikawal oleh pihak kerajaan.

A penghapusan C penerokaan

B pembersihan D pembasmian

6.Pak Cik Amit ________ batang kayu itu untuk dijadikan tiang rumahnya.

A mengikis C meraut

B menarah D mengupas

Pilih ayat kata kerja transitif yang betul.

7. A Ali suka membaca buku.

B Dia pancing ikan di sungai.

C Ahmad tendang bola itu.

D Farid dan Ahmad baca cerita di perpustakaan.

8. A Adik saya suka menangis.

B Air sungai itu mengalir deras.

C Ahli perniagaan itu dan keluarganya melancong ke Turki.

D Puan Jamilah seorang guru yang rajin dan berdedikasi.

Pilih ayat kata kerja tak transitif yang betul .

9. A Pak Mat sedang membelah kayu.

B Ruzila sedang memasak kuih.

C Noraini sedang makan buah rambutan.

D Datuk sedang tidur dengan nyenyak.

10. A Jangan melompat.

B Dia lompat jauh.

C Dia senyum kepada saya.

D Ani bersalam dengan saya.

Pilih jawapan yang paling sesuai.

11. Anjing liar itu ________ seketul tulang.

A mengepit C menjamah

B mengonggong D memakan

12. Pak Amin kecewa kerana ________ oleh jurujual yang tidak berdaftar itu.

A ditipu C ditegur

B disapa D dikunjungi

13. Dagu atuk luka terkena pisau semasa dia ________ janggutnya.

A mencabut C memotong

B mencukur D menggunting

14. Aina dan keluarganya sering ________ nenek tua yang tinggal keseorangan di teratak buruk itu.

A melancong C menziarahi

B mendatangi D menemui

15. Beberapa orang pekerja wanita di restoran menjual sate ________ daging pada lidi sebelum membakarnya.

A meraut C memasuk

B menjolok D mencucuk

16. Puan Syarifah seorang deklamator yang tersohor dan sering diundang untuk ________ puisinya.

A menyanyikan C mengalunkan

B mempamerkan D mendendangkan

17. Piala kejohanan pertandingan hoki itu ________ oleh para pemain Sekolah Kebangsaan Kampung Aman.

A diangkat C dipegang

B disambut D dijulang

18. Sekawan anak itik sedang _______ air di sebuah kolam yang cetek.

A menyudu C menyodok

B meminum D mencedok

19. Beberapa buah gerabak kereta api ________ daripada landasan akibat melanggar seekor gajah.

A tergelincir C terbabas

B tersangkut D tersangkut

20. Mak Cik Minah asyik ________ tikar mengkuang di bawah pokok di tepi pondoknya.

A menenun C menyirat

B menganyam D menyulam

4 comments: