www.sparklee.com

Wednesday, December 7, 2011

LATIHAN KATA BANTU

KATA BANTU

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1. Kerja-kerja membangunkan kawasan taman sains itu__________siap sebulan yang lalu.

A telah C masih

B mesti D akan

2. Kita______berhati-hati semasa melintas jalan raya.

A masih C mesti

B sudah D sedang

3. “Jangan sekali-kali minum air yang________dimasak,” pesan Cikgu Azizah.

A akan C sudah

B hendak D belum

4. Semua bangku di taman itu__________digantikan dengan yang baharu tidak lama lagi.

A sudah C akan

B sedang D masih

5. Sekiranya kita______berjaya, kita mestilah meningkatkan usaha dengan banyak mengulang kaji pelajaran.

A hendak C akan

B masih D mesti

6. Walaupun sudah pulih tetapi dia_______belum boleh berjalan dengan baik.

A masih C hendak

B akan D mesti

7. Ayah _______ke KualaLumpur pada bulan hadapan.

A telah C sedang

B akan D sudah

8. Kita__________lah bijak memilih kawan sekiranya kita ingin berjaya.

A sedang C mesti

B telah D hendak

9. Semua pendatang tanpa izin__________dihantar ke negara asal mereka pada bulan depan.

A telah C masih

B belum D akan

10. Nur Fasihah__________ mengulang kaji pelajaran di dalam biliknya.

A telah C sedang

B akan D belum

11. Datuk_______belum sedar ketika kami menziarahinya di hospital.

A telah C masih

B sudah D akan

12. Buah mangga ini _________dibasuh sebelum dimakan.

A sudah C mesti

B mahu D dapat

13. Puan Maznah________menuntut di Universiti Sains Malaysia dalam bidang perubatan.

A telah C sudah

B pernah D belum

14. Kamu________berhati-hati ketika melalui jalan yang licin itu.

A mesti C masih

B boleh D belum

15. Saya________cuba memujuk adik yang sedang menangis itu.

A akan C dapat

B mahu D masih

16. Kakak saya________dinaikkan pangkat pada tahun hadapan.

A akan C belum

B masih D telah

17.Ayah_________membaca surat khabar semasa berkelah di Pantai Cahaya Bulan.

A sedang C belum

B mesti D akan

18.Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya_________melawat ke Pulau Langkawi pada cuti persekolahan nanti.

A harus C masih

B pernah D akan

19. Anishah__________mengikuti ayahnya pergi ke Pantai Cahaya Bulan.

A belum C hendak

B sedang D harus

20. Bas itu dijangka_________tiba dari Pulau Pinang pada pukul 2.00 petang.

A masih C sedang

B pernah D akan

9 comments: