www.sparklee.com

Tuesday, December 6, 2011

LATIHAN KATA TANYA

KATA TANYA

Pilih jawapan yang paling sesuai .

1. Cuba terangkan kepada saya, ____________ kamu menangis?

A adakah C siapakah

B mengapakah D bagaimanakah

2. Tan, ___________ abang kamu hendak makan nasi goreng ini?

A apakah C adakah

D manakah D siapakah

3. _________yang dibela oleh Pak Ali di dalam kandang itu?

A Apakah C Siapakah

B Adakah D Mengapakah

4. __________yang merasmikan bangunan sekolah itu?

A Bilakah C Bagaimanakah

B Siapakah D Manakah

5. Budak itu menyorokkan buku cerita Ahmad di _________?

A manakah C apa

B mana D siapakah

6. Ayah kamu pergi ke Tawau ____________?

A berapa C bila

B siapa D bilakah

7. Di ________ letaknya pejabat ayah Mei Leng?

A manakah C berapakah

B mana D apa

8. “_________ yang menyebabkan Lim dan Rawi bergaduh? Tan atau Abu ?” Tanya Leman .

A Apakah C Mengapakah

B Adakah D Siapakah

9. “_______ warna kereta abang kamu yang baru itu? ”Tanya Lan kepada Tina .

A Apakah C Mengapakah

B Adakah D Manakah

10. _________ Kadir dikatakan sebagai kaki bangku oleh kawan-kawannya?

A Siapakah C Mengapakah

B Bagaimanakah D Berapakah

11. “Dari ___________ kamu mendengar berita itu, Norhana?

A siapakah C bilakah

B berapakah D manakah

12. Yang berbaju kemeja kuning dan berseluar hitam itu ___________?

A mana C bila

B kenapa D siapa

13. Najihah tergesa-tergesa untuk pulang ke rumahnya__________?

A kenapa C apa

B siapa D bagaimana

14. ___________ nama guru kamu yang tinggal di Sungai Chua, Kajang?

A Apakah C Manakah

B Siapakah D Adakah

15. _________ pertandingan melukis poster sempena hari ulang tahun kemerdekaan akan diadakan?

A Bagaimanakah C Berapakah

B Di manakah D Mengapakah

16. _________yang sudi menjelaskan kepada saya,bagaimana kejadian itu boleh berlaku ?

A Siapakah C Mengapakah

B Di manakah D Berapakah

17. _________ Rosni digelar sebagai murai oleh kawan-kawannya?

A Adakah C Mengapakah

B Siapakah D Manakah

18. “Mat, kamu akan ke Kuantan__________?” tanya Azrul kepada Mat.

A apa C siapa

B bila D berapa

Soalan 19 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

19. “_________ kamu lulus dalam ujian itu, Hakimi?” tanya ayah.

A Apakah C Mengapakah

B Berapakah D Adakah

20. “________warna motosikal abang kamu yang baru itu?” tanya Fuad.

A Apakah C Adakah

B Berapakah D Bilakah


3 comments: