www.sparklee.com

Monday, December 5, 2011

LATIHAN KATA NAMA KHAS

KATA NAMA KHAS

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1. Pemenang program realiti TV 10 telah menerima sebuah kereta ________ .

A Sony C Gen 2

B Nokia D Dell

2. Kes pembunuhan berprofil tinggi itu telah diketuai oleh ________ .

A Mejar Amran C Inspektor Haris

B Hakim Saljit Singh D Peguam Bala

3. Jam tangan berjenama ________ telah dihadiahi oleh Datuk Kamal kepada kepada anak kesayangannya.

A Pilot C Darlie

B Rolex D Satria

4. Pada hari minggu ayah membawa kami ke ________ untuk membeli belah.

A Pasar Raya Tesco C Hotel Perdana

B Stesen KLIA D Bangunan Petronas

5. Khazanah purba negara banyak tersimpan di ________ .

A Masjid Negara C Taman Negara

B Zoo Negara D Muzium Negara

6. Murid-murid menghadiahi guru-guru mereka pelbagai hadiah sempena sambutan ________ peringkat sekolah setiap tahun.

A Hari Ibu C Hari Guru

B Hari Bapa D Hari Pekerja

7. Tunku Abdul Rahman telah dianugerahi gelaran ________ .

A Bapa Keamanan C Bapa Pemodenan

B Bapa Kemerdekaan D Bapa Perpaduan

8. Negeri ________ juga dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi Malaysia.

A Johor C Kelantan

B Pahang D Kedah

9. Orang ramai telah berkunjung ke ________ untuk melihat gerhana matahari yang berlaku baru-

baru ini.

A Bangunan KLCC C Planetarium Negara

B Menara Kuala Lumpur D Pusat Dagangan Dunia

10. Ramai pembesar negara hadir ke ________ untuk meraikan istiadat pertabalan Yang Dipertuan

Agung.

A Istana Negeri C Dewan Merdeka

B Istana Negara D Bangunan Parlimen

11. Hukuman gantung sampai mati telah dijatuhi oleh ________ kepada pengedar dadah itu.

A Peguam Kamal C Perdana Menteri

B Ketua Polis D Hakim Gopal Singam

12. Pameran Pertunjukkan Akrobatik Maritim Antarabangsa ( LIMA ) telah diadakan di ________.

A Pulau Pinang C Pulau Pangkor

B Pulau Langkawi D Pulau Redang

13. Pesakit yang malang itu merayu orang ramai untuk mendapatkan derma bagi menjalani rawatan di ________ .

A Institut Aminuddin Baki C Institut Pengajian Tinggi

B Institut Jantung Negara D Institut Perguruan

14. Seekor lembu peliharaan Pak Mail telah mati dibaham oleh ________ ketika meragut rumput di hujung kampung.

A Sang Kancil C Sang Rangkak

B Pak Belang D Pak Bedal

15. Abang membawa kami ke ________ untuk menyaksikan tayangan filem hindustan.

A Pusat Sivik C Dewan Pleno

B Pawagam Odeon D Taman Tasik

16. ________ merupakan seorang pahlawan Melayu Melaka yang tersohor pada zaman dahulu.

A Tok Dalang C Hang Li Po

B Tok Selampit D Hang Tuah

17. Banyak rumah yang telah musnah akibat dilanda bencana ________ beberapa tahun yang lepas.

A Chikungunya C Tsunami

B Malaria D Gerhana

18. Negeri Sarawak menjadi tuan rumah ________ peringkat kebangsaan .

A Pesta Ria C Pesta Tani

B Pesta Air D Pesta Heboh

19. Pasukan Brazil telah memenangi Kejohanan Bola Sepak ________ yang berlangsung di Jerman .

A Piala Emas C Piala Dunia

B Piala Agung D Piala Thomas

20. Kempen ________ sedang giat dijalankan untuk membentuk masyarakat penyayang.

A Bahasa Jiwa Bangsa C Cintai Bahasa

B Budi Bahasa Budaya Kita D Sayangi Budi Bahasa Kita

No comments:

Post a Comment