www.sparklee.com

Wednesday, December 7, 2011

AYAT AKTIF AYAT PASIF

AYAT AKTIF AYAT PASIF

Soalan 1 hingga soalan 10

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

1. Beberapa orang wanita sedang mencabut rumput di sawah padi.

A Orang wanita sedang sibuk mencabut rumput di sawah padi.

B Beberapa orang wanita sedang sibuk mencabut padi sawah.

C Rumput di sawah padi sedang dicabut oleh beberapa orang wanita.

D Rumput di sawah padi sedang dicabut oleh beberapa orang wanita yang sibuk.

2. Keluarga Encik Rashid sibuk mengemaskan barang-barang kerana mereka akan berpindah ke rumah baru.

A Mereka sibuk mengemaskan barang-barang Encik Rashid kerana akan berpindah ke rumah baru.

B Barang-barang sibuk dikemaskan oleh keluarga Encik Rashid kerana mereka akan berpindah ke

rumah baru.

C Keluarga Encik Rashid sibuk mengemaskan barang-barang mereka kerana akan berpindah ke rumah

baru.

D Barang-barang Encik Rashid sibuk mereka kemaskan kerana mereka akan berpindah ke rumah baru.

3. Hashim menaikkan bendera sekolah.

A Hashim dinaikkan bendera sekolah.

B Bendera sekolah dinaikkan oleh Hashim.

C Bendera sekolah dinaikkan Hashim.

D Hashim menaiki bendera sekolah.

4. Kamera itu dihadiahkan oleh abang saya.

A Abang saya menghadiahkan kamera itu.

B Abang saya itulah yang menghadiahkan kamera.

C Saya menghadiahkan kamera kepada abang.

D Abang menghadiahkan kamera saya.

5. Rosli dimarahi oleh ibu kerana selalu menconteng tempat itu dengan sesuka hatinya.

A Rosli memarahi ibu kerana selalu menconteng tempat itu dengan sesuka hatinya.

B Ibu memarahi Rosli kerana selalu menconteng tempat itu dengan sesuka hatinya.

C Rosli dimarahi kerana ibu selalu menconteng tempat itu dengan sesuka hatinya.

D Ibu dimarahi oleh Rosli kerana selalu menconteng tempat itu dengan sesuka hatinya.

6. Baju kurung itu dijahit oleh Puan Julia.

A Puan itu menjahit baju kurung Julia.

B Puan Julia menjahit baju kurung itu.

C Julia menjahit baju kurung puan itu.

D Puan itu menjahit baju kurung untuk Julia.

7. Pisau itu tajam kerana baru sahaja diasah oleh ayah.

A Ayah baru sahaja mengasah pisau yang tajam itu.

B Pisau yang baru diasah oleh ayah itu menjadi tajam.

C Pisau baru yang tajam itu telah diasah oleh ayah.

D Ayah mengasah pisau baru itu sehingga tajam.

8. Salman lari lintang-pukang apabila dikejar oleh anjing liar.

A Apabila Salman ternampak anjing liar, dia pun berlari tidak tentu hala.

B Apabila Salman berlari tidak tentu hala, anjing liar mengejarnya.

C Apabila dikejar anjing liar, Salman berlari tidak tentu hala.

D Apabila Salman dikejar, anjing liar itu berlari tidak tentu hala.

9. Encik Fuad memberitahu mekanik bahawa enjin keretanya rosak semula selepas dibaiki.

A Encik Fuad memaklumkan kepada mekanik tentang kerosakan enjin keretanya walaupun telah

dibaiki.

B Enjin kereta Encik Fuad rosak selepas dimaklumkan kepada mekanik untuk dibaiki.

C Kereta Encik Fuad yang telah dibaiki oleh mekanik dimaklumkan rosak semula.

D Encik Fuad memaklumkan kepada mekanik bahawa enjin keretanya rosak semula walaupun sudah

dibaiki.

10. Corak batik yang cantik itu dilukis oleh seorang pereka yang terkenal.

A Pereka yang terkenal telah menghasilkan corak batik yang cantik itu.

B Pereka batik yang termasyhur telah mengeluarkan batik yang cantik itu.

C Corak batik yang terkenal itu telah dihasilkan oleh pereka yang cantik itu.

D Batik yang termasyhur itu dikeluarkan oleh seorang pereka yang terkenal.

Soalan 11 hingga soalan 15

Pilih ayat pasif yang betul.

11. Pengawas itu menegur Kasmah kerana membuang sampah di kawasan padang sekolah.

A Kasmah menegur pengawas itu kerana membuang sampah di kawasan padang sekolah.

B Kasmah ditegur oleh pengawas itu kerana membuang sampah di kawasan padang sekolah.

C Kasmah ditegur oleh pengawas itu supaya membuang sampah di kawasan padang sekolah.

D Kasmah menegur pengawas itu oleh kerana membuang sampah di kawasan padang sekolah.

12. Saya sudah memulangkan buku cerita itu minggu lepas.

A Buku cerita sudah dipulangkan kepada saya minggu lepas.

B Buku cerita itu dipulangkan kepada saya minggu lepas.

C Buku cerita sudah minggu lepas saya pulangkan.

D Buku cerita itu sudah saya pulangkan minggu lepas.

13. Kamu patut mencuci kereta ini sebelum pulang ke kampung.

A Kereta ini patut pulang ke kampung sebelum kamu mencucinya.

B Sebelum pulang ke kampung, kamu patut mencuci kereta ini.

C Kereta ini patut kamu cuci sebelum pulang ke kampung.

D Kereta ini patut dicuci oleh kamu sebelum pulang ke kampung.

14. Persatuan kembara itu telah menganjurkan pertandingan mendaki Bukit Marak.

A Pertandingan kembara itu telah dianjurkan oleh Persatuan Mendaki Bukit Marak.

B Pertandingan mendaki Bukit Marak telah dianjurkan oleh persatuan kembara itu.

C Pertandingan mendaki Bukit Marak akan dianjurkan oleh persatuan kembara itu.

D Pertandingan mendaki Bukit Marak oleh persatuan kembara itu bakal dianjurkan.

15. Polis trafik itu telah menyaman Encik Lee kerana memandu kereta tanpa lesen.

A Encik Lee telah disaman polis trafik itu kerana memandu kereta tanpa lesen.

B Encik Lee telah menyaman polis trafik itu kerana memandu kereta tanpa lesen.

C Kerana memandu kereta tanpa lesen, Encik Lee telah menyaman polis trafik itu.

D Memandu kereta Encik Lee tanpa lesen menyebabkan telah disaman oleh polis trafik itu kerana.

Soalan 16 hingga soalan 20

Pilih ayat aktif yang betul.

16. Saya didesak oleh Rahim supaya menyertai perkhemahan pada minggu depan.

A Saya mendesak Rahim supaya menyertai perkhemahan pada minggu depan.

B Rahim mendesak saya supaya menyertai perkhemahan pada minggu depan.

C Rahim dan saya didesak supaya menyertai perkhemahan pada minggu depan.

D Perkhemahan pada minggu depan mendesak supaya saya dan Rahim menyertainya.

17. Kanak-kanak “OKU” itu didukung oleh pekerja di rumah kebajikan.

A Pekerja di rumah kebajikan mendukung kanak-kanak “OKU” itu.

B Pekerja di rumah “OKU” mendukung kebajikan kanak-kanak itu.

C Pekerja “OKU” mendukung kanak-kanak di rumah kebajikan itu.

D Di rumah kebajikan, pekerja kanak-kanak mendukung “OKU” itu.

18. Perbarisan Kadet Remaja Sekolah itu diperiksa oleh pegawai angkatan tentera.

A Perbarisan pegawai angkatan tentera itu diperiksa oleh Kadet Remaja Sekolah.

B Kadet Remaja Sekolah telah memeriksa perbarisan pegawai angkatan tentera itu.

C Pegawai angkatan tentera telah memeriksa perbarisan Kadet Remaja Sekolah itu.

D Kadet Remaja angkatan tentera telah memeriksa perbarisan pegawai sekolah itu.

19. Budak yang terjatuh ke dalam lumpur itu dimandikan oleh ibunya.

A Ibu budak yang terjatuh ke dalam itu memandikannya.

B Ibunya memandikan budak yang terjatuh ke dalam lumpur itu.

C Budak itu memandikan ibunya yang terjatuh ke dalam lumpur.

D Budak itu dan ibunya mandi setelah terjatuh ke dalam lumpur.

20. Daun-daun kering di halaman rumah telah saya sapu petang tadi.

A Saya telah menyapu daun-daun kering di halaman rumah petang tadi.

B Daun-daun kering di halaman rumah telah disapu oleh saya petang tadi.

C Saya petang tadi telah menyapu daun-daun kering di halaman rumah.

D Daun-daun kering di halaman rumah telah saya menyapu petang tadi.

No comments:

Post a Comment