Wednesday, December 7, 2011

LATIHAN KATA SERU

KATA SERU

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1. __________, kereta sport itu sangat laju!

A Oh C Cis

B Ah D Wah

2. _________, kamu telah terpilih sebagai ketua pengawas!

A Amboi C Aduhai

B Syabas D Nah

Soalan 3 berdasarkan gambar 1

Gambar 1

3. _________, ambil wang ini dan pergi beli buku tulis yang baru!

A Ah C Oh

B Eh D Nah

4. ________, malang sungguh nasib orang tuan itu!

A Wahai C Aduh

B Oh D Aduhai

5. _________, kamu pun turut berada di sini!

A Ah C Eh

B Oh D Nah

6. _________, para pelajar, belajarlah dengan bersungguh-sungguh!

A Aduhai C Wahai

B Aduhai D Hai

Soalan 7 berdasarkan gambar 2

Gambar 2

7. _________, pedihnya luka aku ini!

A Aduh C Cis

B Aduhai D Ah

8. _________, cantik sungguh pakaian pengantin itu!

A Ah C Hai

B Aduhai D Amboi

9. _________, lama betul kita tidak bersua!

A Hai C Amboi

B Wah D Eh

10. __________ aku tidak setuju langsung dengan pendapat engkau itu!

A Cis C Eh

B Nah D Ah

11. ________, kamu telah berjaya mengharumkan nama baik sekolah ini!

A Wah C Eh

B Hai D Syabas

Soalan 12 berdasarkan gambar 3

Gambar 3

12. ________, hebat sungguh pahlawan itu menunggang kuda liar yang baru ditangkapnya.

A Hai C Wah

B Amboi D Eh

13. ________, kamulah rupa-rupanya yang memfitnah saya selama ini!

A Ah C Aduh

B Nah D Oh

14. _________, para pelajar, tingkatkan usaha agar kalian beroleh keputusan yang cemerlang!

A Syabas C Hai

B Wahai D Aduhai

15. _________, keluarga itu senantiasa ditimpa nasib malang!

A Ah C Aduhai

B Aduh D Eh

16. _________, bagaimana pula awak dapat masuk sedangkan pintu bilik itu berkunci.

A Eh C Syabas

B Oh D Wah

17. _________, aku tidak bersetuju dengan cadangannya sebentar tadi!

A Eh C Ah

B Oh D Aduh

Soalan 18 berdasarkan gambar 4

Gambar 4

18. _________, cantiknya rumah baharu Encik Ramli yang terletak di kawasan lapang itu.

A Nah C Aduhai

B Aduh D Wah

19. _________, bagaimana dengan keadaan kamu dan keluarga!

A Hoi C Wahai

B Hai D Eh

20. _________, kedekut benar orang kaya itu!

A Cis C Nah

B Oh D Amboi

No comments:

Post a Comment