www.sparklee.com

Wednesday, December 7, 2011

LATIHAN KATA PEMERI

KATA PEMERI

Pilih jawapan yang paling sesuai

1 Pemuda yang berbaju biru itu _________ bakal suami kakak saya.

A adapun C ialah

B benar D adalah

2. Novel yang bertajuk “Bunga-bunga Berguguran “ itu __________ novel terbaru penulis wanita itu.

A hanya C adalah

B ialah D juga

3. Kain songket yang dibeli dari negeri Terengganu itu ______ untuk ibunya.

A adalah C nian

B ialah D sebenar

4. Semua fitnah yang dilemparkan kepada Sakinah _________ tidak benar.

A ialah C jika

B adalah D nian

5. Hadiah hari jadi yang diterima itu _________ daripada kawannya yang

baru seminggu dikenalinya.

A juga C adalah

B adapun D ialah

6. Faisal _________ kerani bank di Bank Simpanan Nasional yang terletak

di bandar Ipoh .

A ialah C juga

B adalah D sekali

7. Gunung Tahan _______ gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia.

A ialah C nian

B adalah D juga

8. Maklumat saksi pembunuhan itu ________ tidak benar setelah disiasat

oleh pihak polis.

A tetapi C adalah

B biar D ialah

9. Tujuan utama kutipan derma _____ untuk membina balai raya yang baru.

A ialah C biar

B adalah D nian

10. Perempuan yang sedang melintas jalan itu ________ ibu saudara saya.

A adalah C nian

B ialah D sisi

11. “Bungkusan itu _______ untuk kakak kamu,” kata Amir kepada Samir .

A adalah C jika

B ialah D nian

12. Zamzuri itu _____ guru baru yang akan mengajar di Tahun Enam Maju .

A ialah C apatah

B adalah D apapun

13. Adiknya ________ comel dan mempunyai lesung pipit .

A ialah C apapun

B adalah D biar

14. Buah epal itu ________ untuk adik yang terlantar sakit di hospital .

A nian C adalah

B adapun D ialah

15. Tuan punya kedai emas itu ………bapa saudara Muhyuddin .

A adalah C nian

B ialah D adapun

16. Kereta Proton Wira itu _________ kepunyaan bapa Ahmad.

A ialah C adalah

B adapun D apapun

17. Hadiah yang cantik itu __________ untuk ibu kesayangannya.

A adalah C adapun

B ialah D nian

18. Rumah banglo yang besar dan mewah itu _________ rumah bapa saudaranya.

A adapun C ialah

B adalah D iaitu

19. Tabung bantuan rakyat Palestin ________ untuk membantu penderitaan dan kesedihan yang dialami oleh rakyat Palestin.

A ialah C adalah

B adapun D nian

20. Negeri Pahang _______ negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia.

A adapun C ialah

B adalah D juga

2 comments: