www.sparklee.com

Wednesday, December 14, 2011

LATIHAN KATA MAJMUK

KATA MAJMUK

Isi tempat kosong dengan kata majmuk yang betul.

1. Maria melukis beberapa bentuk ______ kaki sama pada kertas lukisan itu dengan menggunakan pensel.

A segi tiga C bulatan

B segi empat D bujur

2. ______yang berkaitan dengan program Tahun Enam telah disiapkan oleh Cikgu Mahmud petang semalam.

A Kertas nama C kertas kerja

B Kertas turas D Kertas mahjong

3. Alif mendapat keputusan yang baik daliam ____ Sains dan Matematik.

A mata pendidikan C mata ilmu

B mata pelajaran D mata bestari

4. _____ bangunan itu adalah berkonsepkan seni bina Islam .

A Reka bentuk C Reka tinggi

B Reka acuan D Reka rupa

5. ________ majlis itu terpaksa diubah kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

A Atur masa C Atur cara

B Atur sesuai D Atur susun

6.Kedai yang menjual ______ alat tulis itu dibuka dari pukul 9.00pagi hingga 5.00 petang.

A alat tulis C alat padam

B alat pensel D alat pembaris

7. Emak membeli beberapa bungkus _____ di warung itu untuk dijadikan sarapan

A nasi lemak C nasi putih

B nasi pinggan D nasi campur

8. _____ Ani tidak berfungsi lagi kerana telah dimasuki air ketika dia bermain di padang.

A Jam dinding C Jam randik

B Jam meja D Jam tangan

9. Dia bersikap ____ sedikit semenjak kebelakangan ini.

A luar dugaan C luar biasa

B luar sikit D luar perangai

10. Sudah menjadi tanggungjawab Cikgu Zaid untuk menyediakan __________ bagi membersihkan

kelasnya.

A jadual harian C jadual bertugas

B jadual mingguan D jadual tugasan

11. Beberapa orang ______ Jabatan Pelajaran telah dinaikkan pangkat dalam majlis anugerah itu.

A jawatankuasa C pesuruhjaya

B kakitangan D warganegara

12. Tidak ada ____ yang dapat diselamatkan dalam kebakaran itu kerana semuanya hangus terbakar.

A apabila C apakala

B apahal D apalagi

13. Cikgu Jamil mahu kami menyusun kerusi dan meja di dalam kelas itu semula seperti _____.

A sukarela C sediakala

B sukacita D setiausaha

14. Siti Hajar berasa _____ semenjak ayahnya meninggal dunia minggu lepas.

A dukacita C sukarela

B sukacita D sediakala

15. Puan Lily selamat melahirkan seorang ____ lelaki di Hospita Sultanah Zainab , Kota Bharu.

A cahaya mata C cahaya neon

B cahaya sinar D cahaya terang

16. _____ Encik Zainol berasal dari Pasir Puitih, Kelantan.

A Orang rumah C orang dapur

B Orang harapan D orang atas

17. Zarinah dapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan kerana dia anak _____.

A yatim tunggal C tunggal piatu

B yatim piatu D piatu yatim

18. Rizal _____ apabila Qudus tidak menjemputnya ke majlis itu.

A jauh hati C jauh perasaan

B kecewa hati D resah hati

19. Walaupun nampak remeh,namun _____ berkaitan wanita bersalin

tidak boleh diambil ringan.

A pantang tok nenek C pantang tegah

B pantang larang D pantang mundur

20. Syarikat yang mempunyai _____ yang tinggi itu mampu bertahan hingga kini.

A daya tenaga C daya saing

B reka cipta D usaha sama

No comments:

Post a Comment