www.sparklee.com

Wednesday, December 14, 2011

LATIHAN BANDINGAN SEMACAM

BANDINGAN SEMACAM

Isi tempat kosong dengan kata yang sesuai

1. Ramli tidak terangkat beg yang _____seperti batu itu.

A berat C kasar

B besar D kesat

2. Suasana dalam bilik itu sungguh ________seperti pasar.

A busuk C ramai

B gelora D bising

3. Saya tidak suka pemerintah yang _______seperti Firaun.

A ganas C zalim

B kejam D dahsyat

4. Suasana dalam perpustakaan itu sungguh _____seperti tasik.

A tenang C senyap

B diam D hening

5. Kasut yang ______ seperti kulit biawak itu dijual dengan harga RM 87.90.

A licin C kesat

B kasar D keras

6. Sejak terlantar di hospital selama dua bulan , badan Zarul ______ seperti lidi.

A panjang C runcing

B kurus D rapuh

7. Nani tidak suka makan ubat itu kerana rasanya pahit seperti _________.

A .jadam C akar kayu

B hempedu D kopi

8. Walaupun sudah tua seperti ______ , lelaki itu masih lagi turut serta dalam larian amil itu.

A. Haji Bakhil C lengkuas

B pendita D mayat

9. Zarul gelisah seperti _______ kerana anaknya masih belum keluar dari bilik pembedahan.

A belut C langau

B keldai D cacing kepanasan

10. Rizal menurut apa-apa sahaja yang disuruh oleh ketuanya kerana dia lurus seperti _________ .

A pembaris C sesiku

B bendul D kekisi

11. Saya tidak termakan masakan wanita itu kerana rasanya masam seperti ________.

A limau C cuka

B asam gelugur D asam jawa

12. Muka budak itu pucat seperti ______ apabila berada di atas pentas.

A bayi C mayat

B kulit biawak D cacing

13. Peserta perkhemahan itu meluru seperti ______ apabila disuruh terjun ke dalam kolam.

A lebah C gajah

B babi hutan D badak

14. Lelaki yang tinggi seperti _______ itu ialah Cikgu Razak.

A galah C bangunan

B pokok D tiang

15. Walaupun lelaki itu sudah tua tetapi dia miang seperti _______ .

A buluh C daun lalang

B terung D keladi

16. Sungguhpun badan Syazwan besar macam _______ tetapi dia takut seperti _______ .

A ikan paus .... lalat C gajah ...tikus

B rumah...anak kucing D badan...siput

17. Wanita itu cantik seperti ______ tetapi garang seperti ________ .

A bidadari ...singa C pramugari

B ratu ...harimau D model...kala jengking

18. Orang yang kaya seperti ________ itu kedekut seperti _______.

A artis ...tangkai jering C menteri...tikus

B pengurus ...keldai D jutawan ...Haji Bakhil

19. Rumah yang bersih seperti _______ itu kepunyaan Encik Hamid

yang rajin seperti _________.

A kapas … ulat C menteri …tikus

B syurga ....langau D cermin ...lebah

20. Perempuan itu mempunyai rambut yang ikal seperti _______ dan hidung yang mancung bak _______.

A ombak…tunggal C kongkang..lengkuas

B mayang ...seludang D keris ....galah

No comments:

Post a Comment