Wednesday, December 7, 2011

LATIHAN TANDA BACA

TANDA BACA

Pilih ayat yang betul menggunakan tanda baca.

1. A “Wah, besarnya Stadium Negara,” kata Rina.

B “Wah! Besarnya Stadium Negara,” kata Rina.

C “Wah. Besarnya Stadium Negara,” kata Rina.

D “Wah, besarnya Stadium Negara!” kata Rina.

2. A Kelmarin, seorang budak perempuan ditemui mati di lombong itu.

B Kelmarin seorang budak perempuan ditemui mati di lombong itu.

C Kelmarin, seorang budak perempuan, ditemui mati di lombong itu.

3. A Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempunyai sikap taat setia dan cinta kepada negara.

B Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempunyai sikap taat, setia, dan cinta kepada negara!

C Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempunyai sikap taat, setia dan cinta kepada negara?

D Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempunyai sikap taat, setia, dan cinta kepada negara.

4. A Buluh, tali, kertas, gam, dan gunting, digunakan untuk membuat layang – layang.

B Buluh, tali, kertas, gam dan gunting digunakan untuk membuat layang – layang.

C Buluh, tali, kertas, gam, dan gunting digunakan untuk membuat layang – layang.

5. A Nah! Terimalah balasan jika berbuat jahat!

B Cis, besarnya kayu yang disepak engkau?

C Aduh, kenapa sampai begini nasibku!

D Wah, malang sungguh nasib engkau.

6. A “Diakah yang menyampaikan ucapan, sebentar tadi?” tanya Ng.

B “Diakah yang menyampaikan ucapan sebentar tadi.” Tanya Ng.

C “Diakah, yang menyampaikan ucapan sebentar tadi!” tanya Ng.

D “Diakah yang menyampaikan ucapan sebentar tadi?” tanya Ng.

7. A Sebagai, ketua murid kamu mesti menjadi contoh kepada murid – murid yang lain.

B Sebagai ketua murid, kamu mesti menjadi contoh kepada murid – murid yang lain.

C Sebagai ketua murid, kamu mesti menjadi contoh, kepada murid – murid yang lain.

D Sebagai ketua, murid kamu mesti menjadi contoh kepada murid – murid yang lain.

8. A “Ya saya yang memanggil kamu tadi kata Lokman.”

B “Ya. Saya yang memanggil kamu tadi!” kata Lokman.

C “Ya, saya yang memanggil kamu tadi,” kata Lokman.

D “Ya! Saya yang memanggil kamu tadi.” Kata Lokman.

9. A “Baju itu berharga seratus ringgit? Amboi, mahalnya!” kata Raju.

B “Baju itu berharga seratus ringgit, amboi, mahalnya!” kata Raju.

C “Baju itu berharga seratus ringgit! Amboi! Mahalnya!” kata Raju.

D “Baju itu berharga seratus ringgit! Amboi! Mahalnya,” kata Raju.

10. A “Buku yang berjudul ‘Batu Ajaib’ dikarang oleh Rosnani Bakhtiar,” kata Rafidah.

B “Buku yang berjudul Batu Ajaib dikarang oleh Rosnani Bakhtiar,” kata Rafidah.

C “Buku yang berjudul Batu Ajaib dikarang oleh Rosnani Bakhtiar!” kata Rafidah”.

D “Buku yang berjudul ‘Batu Ajaib’ dikarang oleh Rosnani Bakhtiar?” kata Rafidah.

11. A “Bagaimanakah cara kamu membuat kraf tangan ini!” tanya abang kepada Arshad?

B “Bagaimanakah cara kamu membuat kraf tangan ini,” tanya abang kepada Arshad?

C “Bagaimanakah cara kamu membuat kraf tangan ini?” tanya abang kepada Arshad.

D “Bagaimanakah cara kamu membuat kraf tangan ini,” tanya abang kepada Arshad.

12. A “Eh! Kamu belum tidur lagi rupanya!” kata Emilia kepada Nora.

B “Eh, kamu belum tidur lagi rupanya!” kata Emilia kepada Nora.

C “Eh, kamu belum tidur lagi rupanya,” kata Emilia kepada Nora.

D “Eh! Kamu belum tidur lagi rupanya,” kata Emilia kepada Nora.

13. A Saya mula bertugas sebagai guru di Ipoh, Perak lusa.

B Saya mula bertugas sebagai guru di Ipoh, Perak lusa!

C Saya mula bertugas, sebagai guru di Ipoh Perak lusa.

D Saya mula bertugas sebagai guru, di Ipoh, Perak, lusa.

14. A Jamilah berkata dengan nada yang keras, “Jangan usik barang – barang saya.”

B Jamilah berkata dengan nada yang keras. “Jangan usik barang – barang saya?”

C “Jamilah berkata dengan nada yang keras, jangan usik barang – barang saya!”

D Jamilah berkata dengan nada yang keras, “Jangan usik barang – barang saya!”

15. A Saya ingin memesan barang – barang yang berikut: ayam, asam jawa, dan serai.

B Saya ingin memesan barang – barang yang berikut ayam, asam jawa, dan serai.

C Saya ingin memesan barang – barang yang berikut! Ayam, asam jawa, dan serai.

D Saya ingin memesan barang – barang yang berikut? Ayam, asam jawa, dan serai.

16. A Hayati sedang membuat kerja sekolah manakala rakannya yang lain membaca buku.

B Hayati sedang membuat kerja sekolah! Manakala rakannya yang lain membaca buku.

C Hayati sedang membuat kerja sekolah manakala, rakannya yang lain membaca buku.

D Hayati sedang membuat kerja sekolah, manakala rakannya yang lain membaca buku?

17. A “Amboi, baru terpilih mewakili pasukan sekolah, sudah sombong,” sindir Norman.

B “Amboi! Baru terpilih mewakili pasukan sekolah, sudah sombong,” sindir Norman.

C “Amboi! baru terpilih mewakili pasukan sekolah, sudah sombong.” sindir Norman.

D “Amboi, baru terpilih mewakili pasukan sekolah, sudah sombong!” sindir Norman.

18. A “Eh! duit RM10.00! Siapakah tuan punya duit ini? tanya Roslin.”

B “Eh, duit RM10.00! Siapakah tuan punya duit ini?” tanya Roslin.

C “Eh, duit RM10.00. Siapakah tuan punya duit ini?” tanya Roslin.

D “Eh! Duit RM10.00. Siapakah tuan punya duit ini?” tanya Roslin.

19. A “Apakah yang dicari oleh pihak polis di rumah Encik Yatim itu,” tanya Hanim.

B “Apakah yang dicari oleh pihak polis di rumah Encik Yatim itu.” tanya Hanim.

C “Apakah yang dicari oleh pihak polis di rumah Encik Yatim itu!” tanya Hanim.

D “Apakah yang dicari oleh pihak polis di rumah Encik Yatim itu?” tanya Hanim.

20. A Rahman! Apakah nama kucing kamu?

B Rahman, apakah nama kucing kamu?

C Rahman? Apakah nama kucing kamu?

D Rahman! Apakah nama kucing kamu.

No comments:

Post a Comment