RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
Tarikh : 3.11.2011
Tahun : Empat Cemerlang
Masa : 9.15 am -9.45 am
Tema : Pengalaman Indah
Tajuk : Perjalanan dengan Kereta Api
Hasil pembelajaran :
Fokus Utama : Kemahiran menulis
8.2. Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu
penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3
1. Membina ayat majmuk dengan kata hubung
Fokus Sampingan: Kemahiran membaca
5.1. Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 3
1. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:-
1. Menyenaraikan kata hubung yang terdapat dalam teks yang dibaca.
2. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.
3. Membina ayat majmuk menggunakan kata hubung yang diberi.
Kemahiran Bahasa :
Kemahiran menulis,
Kemahiran membaca,
Kemahiran mendengar dan
Kemahiran bertutur.
Sistem Bahasa :
Tatabahasa : Ayat majmuk, Kata hubung
Kosa Kata : Destinasi, kereta kabel, gerabak, landasan, stesen, penumpang
Pengisian Kurikulum :
Ilmu - Kajian Tempatan, Geografi, Ekonomi
Nilai - Bersyukur, Hormat-menghormati, Patriotisme
Kewarganegaraan - Mencintai negara sendiri
Peraturan Sosiabudaya - Sopan santun
Kemahiran Bernilai Tambah :-
- Kemahiran Berfikir - mengkategori
- Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Kemahiran Belajar Cara Belajar
- Pembelajaran Konstruktivisme
Bahan Bantu Mengajar:
LCD, Komputer, Kad Perkataan, Lembaran Kerja, Petikan Teks
Pengetahuan Sedia Ada:
Murid pernah belajar tentang kata hubung dalam pelajaran yang lalu dan boleh
membina ayat majmuk
Langkah/ Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan |
Langkah Set Induksi ( 3 minit ) |
- Guru memperdengarkan bunyi kereta api - Murid meneka bunyi yang diperdengarkan oleh guru. - Guru bersoal jawab dengan murid tentang bunyi yang diperdengarkan
|
Bunyi kereta api dari laptop
|
Langkah 1 ( 5 minit ) -menanam sifat berani kepada murid-murid |
- Guru mempamerkan teks pada slaid untuk dibaca oleh semua murid - Murid membaca teks pendek bertajuk ”Perjalanan dengan Kereta Api” yang dipaparkan pada slaid secara individu - Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan maklumat yang terdapat dalam teks sama ada yang tersurat atau tersirat
|
Petikan teks (Perjalanan dengan kereta api)
|
Langkah 2 ( 5 minit ) -menguji kefahaman murid tentang isi pengajaran |
-Guru meminta murid-murid menyenaraikan kata hubung yang terdapat di dalam teks - Murid menyenaraikan dan menyebut kata hubung yang terdapat di dalam petikan
|
yang, lalu, kerana, dengan, dan,
|
|
|
|
Langkah/ Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan | ||||||
Langkah 3 ( 10 minit ) -menerang dan pengukuhan |
- Guru memberikan penerangan kepada murid tentang penggunaan kata hubung dan jenis-jenis kata hubung -Guru meminta murid berada kumpulan untuk membina ayat majmuk menggunakan kata hubung yang telah dipamerkan oleh guru - Setiap kumpulan dikehendaki membina lima ayat majmuk menggunakan kata hubung - Setelah ayat yang dibina siap ketua kumpulan hendaklah membentangkan ayat yang telah dibina kepada kumpulan yang lain. -Kumpulan yang pertama membentangkan ayat akan menerima ganjaran daripada guru.
|
LCD
Kad perkataan
| ||||||
Langkah 4 ( 5 minit ) -peneguhan |
-Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan oleh murid -Murid-murid melengkapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru -Guru memeriksa hasil kerja murid secara kelas
|
Lembaran Kerja 10 soalan objektif kata hubung
| ||||||
Penutup ( 2 minit ) |
- Guru membuat rumusan tentang kata hubung - Guru menerapkan nilai murni dan memuji murid.
|
bekerjasama tolong menolong
|
No comments:
Post a Comment