IMBUHAN
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.
1.Ramai penyokong pasukan Kelantan sedang____________di kaunter tiket.
A berpindah C berpusing
B beratur D berkhemah
2. Kegiatan______________kancil haruslah dibanteras segera untuk pemuliharaan spesies.
A membaham C memburu
B membawa D membaling
3. Kita tidak boleh___________semasa berada di tempat perhimpunan rasmi sekolah.
A berjalan C bercakap
B berdiam D bersabar
4. Kedai kraf tangan itu___________barang-barang tradisional masyarakat Melayu.
A membuka C membawa
B mempamerkan D membantah
5. Anggota polis itu________________dengan pistol.
A bersenjata C disenjatakan
B bersenjatakan D tersenjata
6. Mereka hanya_______________antara satu sama lain kerana pertuturannya tidak__________.
A Berpandang ... difahamkan C berpandangan ... difahami
B Terpandang ... difaham D terpandangkan ... berfahaman
7.Peniaga itu________beberapa ikat petai untuk dijual di pasar malam.
A mempamer C membawa
B memburu D membentuk
8. Kita perlu________untuk mencapai kemenangan dalam perlawanan itu.
A Berdua C bersatu
B Bergaduh D berdiam
9. Abang sedang__________lemang di belakang rumah bersama datuk.
A meratah C membasuh
B membakar D membaling
10. Adik saya yang kecil itu masih belum boleh____________.
A berjalan C berdiam
B berbaris D berkawan
11. Seekor ular sawa telah___________ayam di belakang rumah.
A menggigit C mengunyah
B membaham D menjilat
12. Nafis baru____________berpindah ke rumah baharu seminggu yang lalu.
A beransur C berpindah
B bertolak D beralih
13. Rosli menyemai anak benih yang baru_____________itu dalam beg semaian.
A beranak C bertunas
B bertaut D berputik
14. Aiman selalu___________agar dirinya sentiasa dilindungi Tuhan.
A bertasbih C bertafakur
B berdoa D berhajat
15. Keindahan landskap kawasan rumah itu__________pandangan setiap orang yang melalui kawasan itu.
A memulau C menarik
B memukau D membuta
16.Bayi yang berusia sembilan bulan itu sudah mula belajar____________.
A berlari C berjalan
B bergaduh D berdalih
17. Hang Tuah telah diutuskan oleh Sultan Mahmud Shah untuk__________Puteri Gunung Ledang.
A menimang C meminang
B mencolek D membunuh
18.Beberapa orang______________telah mencipta sejarah apabila berjaya menjejakkan kaki ke bulan.
A jutawan C angkasawan
B seniman D budayawan
19. Filem lakonan____________itu diminati oleh setiap lapisan masyarakat.
A budiman C peragawan
B karyawan D seniman
20.Kami sekeluarga____________bas ekspres ke Kuala Lumpur.
A menuruni C menduduki
B menaiki D menyusuri
Terima kasih banyak-banyak; latihan ini telah membantu kawan saya lebih memahami imbuhan bagi Bahasa Melayu. :)
ReplyDeletemohon izin guna ya cikgu..saya tukar kepada google form untuk anak murid..terima kasih banyak-banyak..
ReplyDelete