CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH
Pilih ayat pindah yang sama maksud dengan ayat diberi.
1. “Jangan dibunuh semut-semut itu,” kata nenek kepada Amirul.
A Nenek memberitahu Amirul membunuh semut-semut itu.
B Nenek melarang Amirul membunuh semut-semut itu
C Nenek memarahi Amirul membunuh semut-semut itu.
D Nenek menyuruh Amirul membunuh semut-semut itu.
2. “ Marilah bersarapan bersama-sama dengan kami, Anis,” kata Amira dan Anum.
A Amira dan Anum mempelawa Anis bersarapan bersama-sama mereka.
B Amira dan Anum memujuk Anis bersarapan bersama-sama mereka.
C Amira dan Anum memaksa Anis bersarapan bersama-sama mereka.
D Amira dan Anum mengarah Anis bersarapan bersama-sama mereka
3. “ Bilakah awak akan menyiapkan tugasan ini ?” kata Cikgu Nasir kepada Ayub.
A Ayub menyuruh Cikgu Nasir menyiapkan tugasannya.
B Ayub memberitahu Cikgu Nasir dia akan menyiapkan tugasannya.
C Cikgu Nasir bertanya Ayub tentang tempoh dia akan menyiapkan tugasannya.
D Cikgu Nasir bertanya Ayub tentang tugasan yang diberikannya.
4. “ Wah , cantik sungguh tudung awak Nani, berkilau-kilau labucinya !” kata Nanu kepada Nina.
A Nanu mengeji kain tudung yang dipakai oleh Nani.
B Nanu memuji kecantikan pakaian Nani.
C Nanu memuji kecantikan kain tudung Nani.
D Nanu meminta Nani memakai kain tudung yang cantik.
5. “ Saya tidak tahu tentang kehilangan dompet itu,” kata Rina Kepada Ailin.
A Ailin ingin tahu tentang kehilangan dompet.
B Rina menyatakan dia tahu tentang kehilangan dompet.
C Ailin memaksa Rina supaya memberitahunya tentang dompet itu.
D Rina memberitahu yang dia tidak tahu tentang kehilangan dompet itu.
6. “ Di manakah Stesen Komuter Serdang ?” tanya pelancong dari Jepun.
A Pelancong dari Jepun ingin menaiki Komuter Serdang.
B Pelancong dari Jepun memberitahu tentang Stesen Komuter Serdang.
C Pelancong itu hendak menaiki komuter ke Stesen Komuter Serdang.
D Pelancong itu ingin tahu kedudukan Stesen Komuter Serdang.
7. “ Pada pendapat saya, penjenayah itu patut dibawa ke muka pengadilan,” kata Ramzi kepada Ramli.
A Ramli menyatakan penjenayah itu patut menerima hukuman.
B Ramzi mahu Ramli membawa penjenayah ke muka pengadilan.
C Ramzi berpendapat bahawa penjenayah itu harus diadili.
D Ramli berpendapat bahawa Ramzi patut mengadili penjenayah itu.
8. “ Tolong naik ke darat, ombak besar sedang menuju ke pantai,” tegas pengawal pantai kepada para pengunjung.
A Pengawal pantai mengarah semua pengunjung supaya segera ke darat.
B Orang ramai diminta supaya segera ke pantai kerana ombak besar akan tiba.
C Pengawal pantai memberitahu agar para pengunjung bersedia untuk melihat ombak besar.
D Para pengunjung terkejut apabila melihat kehadiran ombak besar ke pantai .
9. “ Kalau hendak membeli sayur, pilihlah yang bebas daripada racun ,” pesan Puan Wee kepada jirannya.
A Puan Wee mengajak jirannya memilih sayur yang segar.
B Puan Wee menasihati jirannya memilih ketika membeli sayur.
C Puan Wee menyuruh jirannya membeli sayur yang diperlunya.
D Puan Wee melarang jirannya memilih sayur yang beracun.
10. “ Sebelum hantar ,pastikan kamu telah menyemak semua soalan,” kata ketua pengawas kepada murid-murid.
A Murid-murid dinasihati agar menyemak semua soalan selepas menjawab.
B Murid-murid disuruh menyemak semua soalan sebelum menghantarnya.
C Ketua pengawas membantu murid-murid menyemak semua soalan mereka sebelum dihantar.
D Ketua pengawas memaksa semua murid supaya menyemak semua soalan mereka.
11. “ Kain songket ini mahal harganya kerana tenunannya halus dan cantik,” kata penjual kepada pelanggannya.
A Pelanggan memberitahu bahawa harga kain songket itu mahal.
B Penjual menjual kain songket tenunan itu kerana harganya mahal.
C Kain songket itu dijual mahal kerana tenunannya halus dan cantik.
D Harga kain songket itu mahal kerana penjualnya cantik dan halus.
12. Emak menasihati Suria agar belajar rajin-rajin supaya masa depannya cerah.
A Kata Suria, “ Saya rajin belajar supaya masa depan akan cerah.”
B Kata emak, “ Emak rajin belajar agar masa depan kamu akan cerah.”
C Kata emak,“ Rajin-rajinlah belajar,nanti masa depan kamu akan cerah.”
D Kata Suria, “ Kamu mesti rajin belajar agar masa depan akan cerah.”
13. Raden memberitahu Cikgu Salina bahawa dia tidak tahu apa-apa.
A “ Saya tidak memberitahu apa-apa cikgu,” tegas Raden.
B “ Maafkan saya cikgu.Saya tidak ada apa-apa,” kata Raden.
C “ Saya tidak mengetahui apa-apa ,cikgu .” kata Cikgu Salina.
D “ Adakah kamu mengetahui apa-apa Raden?” kata Cikgu Salina.
14. Arini dan Raj mempelawa Nancy bermain bersama dengan mereka.
A “ Marilah kita bermain bersama-sama,Nancy.” Kata Arini dan Raj.
B “ Kamu bermainlah bersama-sama Arini dan Raj,” pelawa Nancy.
C “ Bolehkah kamu bermain bersama-sama kami ?” tanya Nancy.
D “ Raj, mari kita bermain bersama-sama Nancy,” kata Arini.
Pilih cakap ajuk yang paling sesuai dengan ayat diberi.
15. Najib memberitahu ayahnya bahawa Bidin rakan sekelasnya.
A Kata Naim, “Ayah, ini Bidin. Kawan lama saya di sekolah.”
B Kata Naim, “Ayah, Bidin ada seorang rakan di sekolah.”
C Kata Naim, “Ayah Bidin adalah seorang rakan saya di sekolah.”
D Kata Naim, “Ayah, Bidin belajar sekelas dengan saya di sekolah.”
16. Mariam mengajak Maimun ke kantin.
A “ Ajaklah Maimun ke kantin,” kata Mariam.
B “ Maimun, mari kita ke kantin,” kata Mariam.
C “ Saya ingin mengajak kamu ke kantin,”kata Mariam.
D “ Maimun mengajak saya ke kantin,” kata Mariam.
17. Salmi mempersilakan Devi duduk.
A “ Sila duduk,” kata Salmi kepada Devi.
B “ Janganlah duduk,” kata Salmi kepada Devi.
C “ Silalah duduk Salmi,”kata Devi kepada Salmi.
D “ Harap kamu duduk,” kata Devi kepada Salmi.
18. Nabil memuji keindahan pemandangan Pulau Langkawi.
A “ Amboi, indah sungguh pemandangan di sini,” kata Nabil.
B “ Oh, cantiknya keindahan di Pulau Langkawi,” kata Nabil.
C “ Wah, indahnya pemandangan Pulau Langkawi,” kata Nabil.
D “ Nah, pemandangan di Pulau Langkawi indah nian,” kata Nabil.
19. Murad meminta Aiman memberikan buku cerita itu kepadanya.
A “ Silalah berikan buku cerita itu kepada saya,” pinta Murad.
B “ Tolong berikan buku cerita itu kepada saya,” pinta Murad.
C “ Imran,kamu berikan buku cerita kepada saya,” pinta Murad.
D “ Berikanlah buku cerita Aiman kepada saya,” pinta Murad.
20. Pak Usin bertanya kepada Amat tentang tarikh kepulangan datuknya dari Mekah.
A “ Adakah datuk kamu baru pulang dari Mekah?” tanya Pak Usin.
B “ Sudahkan datuk kamu pulang dari Mekah, Amat ?” tanya Pak Usin.
C “ Bilakah datuk kamu akan pulang dari Mekah, Amat ?” tanya Pak Usin.
D “ Bagaimana datuk kamu akan pulang dari Mekah ?” tanya Pak Usin.
assalamualaikum..
ReplyDeleteterima kasih.
saya norhana binti sada