KATA GANTI NAMA TAK TENTU
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.
1. _________ yang berminat mengambil bahagian dalam perlawanan itu, dikehendaki membuat pendaftaran.
A Apa-apa C Siapa-siapa
B Bila-bila D Mana-mana
2. “Serahkan _________ yang ada di dalam beg itu kepada aku!” kata
perompak itu kepada Mak Munah.
A mana-mana C siapa-siapa
B apa-apa D bila-bila
3. Salim tidak menjamah _________ makanan pun hari ini.
A apa-apa C siapa-siapa
B mana-mana D bila-bila
4. Entah _________ lagi kami sekeluarga akan dapat pulang ke kampung.
A mana-mana C apa-apa
B bila-bila D siapa-siapa
5. Emak melarang adik ke __________ semasa beliau membayar harga makanan di kaunter.
A mana-mana C siapa-siapa
B bila-bila D apa-apa
6. __________ yang kehilangan jam tangan, sila berjumpa dengan saya.
A Mana-mana C Siapa-siapa
B Bila-bila D Apa-apa
7. Antara baju-baju ini pilihlah __________ yang adik berkenan.
A apa-apa C siapa-siapa
B bila-bila D mana-mana
8. Adakah __________ berita tentang keadaan ekonomi negara kita?
A bila-bila C mana-mana
B apa-apa D siapa-siapa
9. Pesanlah __________ makanan yang awak hendak.
A mana-mana C siapa-siapa
B apa-apa D bila-bila
10. Hasnah tidak suka __________ pun bertanyakan masalahnya.
A bila-bila C siapa-siapa
B mana-mana D apa-apa
11. Kami akan tiba __________ masa sahaja.
A bila-bila C siapa-siapa
B mana-mana D apa-apa
12. _________ barang yang berharga eloklah diselamatkan dahulu.
A Apa-apa C Mana-mana
B Bila-bila D Siapa-siapa
13. Tiada _________ dibenarkan masuk ke dalam bilik itu kecuali kakitangan yang berkenaan.
A apa-apa C mana-mana
B sesiapa
14. “Pilihlah _________ kuih yang adik suka,” kata Puan Rokian kepada
anak bongsunya.
A mana-mana C siapa-siapa
B apa-apa D bila-bila
Soalan 15 berdasarkan gambar 1
gambar 1
15. __________ pun pandangan kita tentang vandalisme, fenomena ini wajar dibanteras.
A Mana-mana C Sesiapa
B Apa-apa D Bila-bila
16. __________ yang tidak mengikut arahan akan dikenakan tindakan.
A Siapa-siapa C Bila-bila
B Apa-apa D Mana-mana
17. __________ yang tidak faham, tolong angkat tangan.
A Siapa-siapa C Bila-bila
B Mana-mana D Apa-apa
18. Kamu tidak dibenarkan menulis __________ sehingga dibenarkan berbuat demikian.
A apa-apa C bila-bila
B mana-mana D siapa-siapa
19. Duduklah di __________ yang kamu suka kerana tempat duduk ini tidak bernombor.
A apa-apa C mana-mana
B bila-bila D siapa-siapa
20. Tidak ada __________ lagi yang boleh kamu buat kerana semua kerja telah disiapkan.
A mana-mana C bil-bila
B siapa-siapa D apa-apa
ASSALAMUALAIKUM..IZINKAN HAMBA GUNAKAN SOALAN - SOALAN NI UNTUK PDP YE CIKGU..
ReplyDelete15. __________ pun pandangan kita tentang vandalisme, fenomena ini wajar dibanteras.
ReplyDeleteA Mana-mana C Sesiapa
B Apa-apa D Bila-bila
Apakah jawapan untuk soalan di atas?