ANTONIM
Pilih antonim yang betul bagi perkataan yang bergaris.
1. Kapal yang karam itu mulai tenggelam ke dasar lautan.
A mendap C timbul
B tohor D luntur
2. Masa depan pelajar itu menjadi cerah apabila lulus dalam SPM.
A samar C pudar
B gelap D kelabu
3. Lukisan kanak – kanak itu dipuji kerana amat cantik.
A diumpati C diherdik
B dibanggakan D dicaci
4. Para petani menggali keledek setelah berumur 4 bulan.
A menanam C mengorek
B mengcungkil D mengambus
5. Dia mendongak ke atas untuk melihat bulan mengambang.
A menunduk C menggeleng
B memaling D mengangguk
6. Azmi mengajak Cikgu Zubaidah ke rumahnya pada hari raya.
A menyindir C menghalau
B memanggil D menjemput
7. Orang itu mendapat keuntungan yang banyak kerana kerana berniaga di pasar malam.
A muflis C hasil
B pendapatan D rugi
8. Jentera terpaksa menggali lubang untuk membina longkang.
A menimbus C menimbun
B mengorek D menampal
9. Air sungai itu mengalir dengan deras selepas hujan.
A laju C perlahan
B cepat D pantas
10. Ibu menyuruh kakak supaya merebus ubi kayu sehingga empuk.
A kukuh C keras
B gagah D kebal
No comments:
Post a Comment