KATA PENGUAT
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar 1
gambar 1
1. Ibu saya __________ sayang akan barang-barang antiknya.
A sangat C nian
B benar D sekali
2. Karangan saya telah terpilih memenangi kategori tulisan yang __________ cantik antara peserta-peserta yang bertanding.
A sungguh C paling
B sekali D begitu
3. Rohana _________ pandai jika dibandingkan dengan adik-beradik.
A begitu C sekali
B agak D betul
4. Tempat ini __________ indahnya sehingga menenangkan fikiran.
A demikian C sekali
B agak D nian
Soalan 5 berdasarkan gambar 2
Gambar 2
5. Cendol pulut Pak Hassan __________ sehingga terkenal di pekan ini.
A nian enak C paling enak sekali
B sekali enak D sungguh enak sekali
6. Kakak saya sedih __________ apabila nenek meninggal kerana dia tinggal dengan nenek sejak kecil lagi.
A benar C lebih
B makin D cukup
7. Jurulatih itu _________ tegas terhadap pemain jika berkaitan dengan disiplin.
A amat C nian
B benar D sekali
8. Kediamannya terletak _________ jauh dari pecan itu.
A nian C benar
B agak D paling
9. Para doktor tetap meneruskan tugas menyelamat mangsa serangan askar Israel walaupun mereka _________ letih.
A amat C paling
B agak D nian
10. ________ tidak disangka bahawa Farid pandai memasak makanan tradisional Melayu.
A Amat C Paling
B Terlalu D Sungguh
11. Kerap _________ dia ke perpustakaan sejak belakangan ini kerana ingin mengulang kaji pelajaran.
A paling C sungguh
B nian D agak
12. Besar _________ kubah masjid yang terletak di bandar itu.
A sekali C agak
B lebih D terlalu
13. Hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak pencadang dalam perbahasan itu ___________ meyakinkan.
A paling C makin
B agak D amat
14. Junaidilah yang ________ banyak mengemukakan idea dalam perbincangan tentang aktiviti tahunan persatuan Bahasa Melayu.
A paling C terlalu
B sekali D nian
15. Jangan _________ mengharap kita akan menang kerana peserta-peserta sekolah lain tidak kurang hebatnya.
A terlalu C paling
B sangat D cukup
16. Indah _________ pemandangan matahari terbenam pada waktu senja di tepi pantai itu.
A nian C paling
B terlalu D agak
17. Tikar mengkuang yang dianyam oleh kakak _________ kemas dan perlu dibaiki lagi.
A cukup C makin
B amat D kurang
18. Jangan buka tingkap itu _________ lebar kerana angin dari luar sejuk.
A sekali C terlalu
B cukup D nian
19. Rafi _________ keberatan hendak ke rumah kawannya untuk meminjam buku kerana hari sudah lewat.
A sekali C agak
B paling D kurang
20. Lambat _________ dia pulang semenjak bertukar tempat kerja.
A terlalu C paling
B benar D agak
No comments:
Post a Comment