KATA HUBUNG
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. ___________ Encik Rosli telah dinaikkan pangkat, beliau tidak sombong.
A Sungguhpun C Sekalipun
B Mahupun D Jikalaupun
2. Melati bermain – main dengan adiknya di hadapan sekolah ___________ menunggu kedatangan ibunya.
A selepas C supaya
B sementara D semenjak
3. Puan Susan tidak tahu sama ada hendak memakai ceongsam ___________ baju kebaya untuk menghadiri konvokesyen anaknya.
A dan C atau
B serta D lalu
4. __________ hari telah larut malam, abang masih mengulang kaji pelajaran.
A Jikalaupun C Ataupun
B Namunpun D Meskipun
5. __________ menunggu Hanim, saya sempat menggoreng keropok lekor.
A Sambil C Sejak
B Serta D Semenjak
6. Nenek sedang menganyam __________ kami pulang dari sekolah.
A apabila C sebelum
C sambil D kerana
7. Labuci pada tengkuk baju kurung ____________ dipakai oleh Cikgu Amita dijahit oleh Puan Fatimah.
A kecuali C sehingga
B namun D yang
8. Najwa suka menjahit ____________ kakaknya suka mengumpul Majalah Saji.
A dan C tetapi
B lalu D kecuali
9. Ayah menyapu varnish pada kerusi rotan itu _________ kelihatan lebih cantik pada hari lebaran.
A supaya C kalau
B kerana D sungguhpun
10. Encik Murad berhasrat untuk belayar ke Sabah ___________ banyak halangan yang terpaksa ditempuhi.
A manakala C seandainya
B meskipun D kecuali
11. Ibu menegur adik kerana dia masih belum tidur ____________ jam menunjukkan pukul 11.00 malam.
A apabila C sementara
B meskipun D malahan
12. Banyak orang cedera ___________ berpuluh – puluh keluarga hilang tempat tinggal dalam runtuhan tanah itu.
A supaya C selama
B lantaran D manakala
13. Mei Hwa menonton televisyen ____________ menunggu kek yang dikukusnya masak.
A manakala C semenjak
B sementara D biarpun
14. Adik menangis _______________ memberitahu ibu bahawa kakak telah mencubitnya.
A hingga C sambil
B serta D malahan
15. Keadaan di pasar itu penuh sesak dengan orang ramai ____________ pasar raya itu mengadakan jualan murah.
A kerana C supaya
B agar D meskipun
16. Kamal selalu ponteng kelas. ___________, bapanya dipanggil oleh pihak sekolah.
A Lantaran itu C Bagaimanapun
B Meskipun D Lagipun
17. Kamil masih belum bangun ___________ jam sudah pun menunjukkan pukul 12.00 tengah hari.
A walhal C lagipun
B malahan D justeru
18. Oleh sebab hujan lebat, ___________ perlawanan bola itu terpaksa dibatalkan.
A atau C serta
B melainkan D maka
19. Murid – murid Tahun Lima Setia bangun _____________ mengucapkan “Selamat Sejahtera” kepada Cikgu Normala.
A supaya C padahal
B lalu D dan
20. Jasnita masih menangis ____________ telah berkali – kali dipujuk oleh rakan-rakannya.
A meskipun C selama
B setelah D selagi
No comments:
Post a Comment