SINONIM
Pilih sinonim yang betul bagi perkataan yang bergaris.
1. Semua askar dikerah untuk mempertahankan negara jika diserang.
A pahlawan C majikan
B pekilang D pekerja
2. Budak yang bebal itu terpaksa diajar berkali – kali oleh gurunya.
A dungu C pandai
B bijak D pintar
3. Kereta itu terbabas lalu terhumban ke dalam gaung yang curam.
A ceruk C sudut
B cerun D lereng
4. 31 Ogos setiap tahun merupakan detik penting bagi kita.
A jangka C saat
B masa D waktu
5. Pasukan itu berpakat untuk menambahkan bilangan ahlinya.
A bekerjasama C membahagi
B berpadu D bercantum
6. Barangan tembaga perlu digilap agar kekal bersinar.
A disental C dicuci
B diberus D digosok
7. Gadis yang cantik itu ibarat bidadari.
A jelita C hodoh
B tampan D comot
8. Bangunan baru itu telah roboh akibat hakisan tanah.
A tumbang C gugur
B jatuh D berkecai
9. Azmi disukai kawan – kawannya kerana pandai berjenaka.
A bermain C bergurau
B bertengkar D berbual
10. Ah Meng baru hendak mengulang kaji pelajaran setelah masa semakin suntuk.
A cepat C pendek
B perlahan D singkat
No comments:
Post a Comment