PERIBAHASA
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.
1. Kak Milah________melihat barang kemas yang dipamerkan kerana semuanya cantik-cantik belaka.
A rambang mata C mata duitan
B besar mata D putih mata
2. Ani seorang yang________________. Oleh sebab itu, dia tidak suka membuang masa.
A mulut murai C ringan tulang
B malu-malu kucing D patah kandar
3. Usahlah seperti_______________, bercakap banyak tetapi tidak tahu apa-apa.
A mulut murai C kera sumbang
B tin kosong D mulut tempayan
4. Sikapnya yang___________dan suka mengusik orang itu tidak disenangi oleh rakan-rakannya.
A buka mulut C keras hati
B putih hati D gila-gila bahasa
5. Ayah_____________apabila pemuda itu bersikap biadap padanya.
A keras hati C buka mulut
B naik darah D tahan hati
6. Dia bekerja seperti______________kerana terpaksa menyiapkan kerjanya dengan segera.
A Mandi kerbau C adu domba
B lipas kudung D cepat tangan
7. Sampai___________pun hajat awak hendak tinggal di bulan tidak akan tercapai.
A lidah bercabang C kucing bertanduk
B rambang mata D atas angin
8. Orang yang______jangan di sangka bodoh.
A ringan tulang C berat mulut
B kaki judi C kaki bangku
9. Ahmad ______________pasukan kami.
A titik peluh C tulang keting
B batu loncatan D tulang belakang
10. Cakap-cakap orang yang__________tidak boleh dipercayai.
A lidah bercabang C lidah keras
B lidah rasmi D lidah pendita
11. Dia___________hendak belajar di luar negara.
A ada hati C iri hari
B besar hati D isi hati
12. Amin tidak akan ke majlisnya kerana_______________sahaja.
A ringan mulut C kaki ayam
B ajak-ajak ayam D ringan tulang
13. Ah Meng menjadi ____________sejak diberi kebebasan oleh keluarganya.
A bunga dedap C besar kepala
B naik angin D jauh hati
14. Murid yang menjadi_________pasukan kami dipilih sebagai olahragawati sekolah.
A ayam didik C bapak ayam
B naik angin D ayam tambatan
15. Harga di pasar raya itu_______________.
A paku belanda C senapang bambu
B buta hati D atas angin
16. Saya tidak tahan melihat perangainya yang______________itu.
A putih hati C panas hati
B kepala angin D bawah angin
Soalan 17 hingga 20
Pilih simpulan bahasa yang sesuai dengan ayat.
17. Dia berasa tersinggung terhadap tingkah laku buruk yang ditunjukkan oleh sahabatnya.
A jauh hati C panas hati
B iri hati D berat hati
18. Aminah mencurahkan perasaannya kepada Ahmad sambil menangis teresak-esak.
A bulat hati C buah hati
B buta hati D isi hati
19. Orang yang tidak berapa siuman itu jangan diganggu.
A senapang bambu C paku belanda
B otak cair D otak kering
20. Encik Rostam tidak bersemangat untuk bekerja di syarikat itu lagi.
A kecil hati C tawar hati
B tarik diri D ambil hati
No comments:
Post a Comment