MEMILIH JAWAPAN
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
1. Mengapakah orang ramai berkerumun di tepi jalan itu?
A Mereka memang suka berkerumun di situ.
B Mereka hendak melihat keadaan mangsa kemalangan itu.
C Ramai yang terlibat dengan kemalangan itu.
2. Apakah yang menyebabkan budak perempuan itu menangis?
A Budak itu kehilangan wang sebanyak seringgit.
B Wang seringgit itu diberikan oleh ibunya.
C Budak perempuan itu menangis kerana wangnya tercicir.
D Budak perempuan itu mencari wangnya di merata tempat.
3. Apakah yang dilakukan oleh ayah?
A Ibu meminta ayah membaiki mesin jahitnya yang rosak.
B Ayahlah yang membaiki mesin ibu yang rosak.
C Ayah sedang membaiki mesin jahit ibu yang rosak.
D Ayah membaiki mesin jahit ibu yang rosak sejak pagi tadi.
4. Di manakah pertandingan syarahan itu diadakan?
A Di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka.
B Murid – murid Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka yang akan menyertai pertandingan itu.
C Peserta itu dari Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka.
D Tiada seorang pun yang menyertai pertandingan itu.
5. Apakah yang sedang dilakukan oleh kanak – kanak itu?
A Kanak – kanak itu sedang mengira bilangan buah congkak.
B Kanak – kanak itu bermain congkak pada waktu petang.
C Congkak ialah permainan tradisional masyarakat Melayu.
D Kanak – kanak itu sedang bermain congkak di halaman rumah.
6. Apakah yang akan kita peroleh jika kita belajar bersunguh – sungguh?
A Jika kita belajar bersungguh – sungguh, kita akn memperoleh banyak ilmu pengetahuan serta dapat
menjejakkan kaki ke menara gading.
B Jika kita belajar bersungguh – sungguh, kita tidak akan ke mana – mana.
C Belajar bersungguh – sungguh adalah satu usaha untuk berjaya.
7. Mengapakah lelaki tua itu mengamuk?
A Lelaki tua itu mengamuk kerana kematian isterinya.
B Lelaki tua itu mengamuk kerana marahkan orang yang merosakkan tanaman di kebunnya.
C Lelaki tua itu mengamuk kerana gembira dinaikkan pangkat.
8. Ke manakah Faizul hendak pergi?
A Ya, dia hendak ke Terengganu.
B Faizul baru pulang dari Terengganu.
C Dia ke Kuala Terengganu dengan menaiki bas.
D Dia dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu.
9. Bagaimanakah kereta itu boleh terjunam ke dalam gaung?
A Kereta yang terjunam ke dalam gaung itu telah dihantar ke bengkel.
B Sebuah kereta telah terjunam ke dalam gaung itu semalam.
C Tidak, pemandu kereta itu hanya mengalami kecederaan ringan.
D Kereta itu terjunam ke dalam gaung kerana telah dipandu dengan laju.
10. Bagaimanakah rombongan itu ke Pulau Ketam?
A Rombongan itu ke Pulau Ketam dengan menaiki bot.
B Rombongan itu pergi ke Pulau Ketam pada waktu petang.
C Rombongan itu pergi ke Pulau Ketam.
D Rombongan itu pergi ke Pulau Ketam untuk melancong.
11. Siapakah yang akan mewakili Persatuan Bulan Sabit Merah dalam mesyuarat itu nanti?
A Mesyuarat Persatuan Bulan Sabit Merah akan diadakan pada hari Sabtu.
B Encik Kamarul yang akan mewakili Persatuan Bulan Sabit Merah mesyuarat itu nanti.
C Encik Kamarul akan mempengerusikan mesyuarat Persatuan Bulan Sabit Merah itu nanti.
D Mesyuarat Persatuan Bulan Sabit Merah telah dibatalkan.
12. Mengapakah awak tidak menyerahkan buku kerja Matematik itu kepada cikgu awak?
A Saya takut cikgu saya akan marah apabila mendapat tahu bahawa saya tidak membuat latihan
yang diberi.
B Tidak, saya belum menyerahkan buku kerja ini kepda cikgu.
C Buku kerja Matematik itu ada pada cikgu saya.
D Saya akan menyerahkan buku kerja Matematik ini kepada cikgu saya pada esok pagi.
13. Adakah Pesta Bola Merdeka itu sudah tamat?
A Pesta Bola Merdeka itu sudah tamat.
B Ya. Pesta Bola Merdeka itu sudah tamat.
C Pesta Bola Merdeka itu akan diadakan di Stadium Negara.
D Ya. Saya telah menyaksikan Pesta Bola Merdeka itu.
14. Bolehkah kami menyiapkan tugasan ini pada hari ini juga?
A Pasti boleh kerana saya seorang yang jujur.
B Mana boleh, saya tidak hendak ke sana.
C Boleh, saya yakin boleh menyiapakannya.
D Boleh, nanti saya jelaskan kepada awak.
15. Apakah yang dilakukan oleh Pak Ahmad?
A Beliau sedang membelah buah kelapa muda.
B Ya, beliau sedang menjolok buah kelapa muda itu.
C Tidak, beliau sedang mengikat buah kelapa muda itu.
D Tangannya sakit digigt beruk.
16. Betulkah Azizi yang ditangkap polis itu?
A Ya, polis itu menangkapnya di rumah kosong itu.
B Ya, ibu bapanya telah ke balai untuk menjaminnya.
C Ya, dialah yang dikehendaki polis selama ini.
17. Mengapakah awak dibenarkan menyertai perkhemahan ini?
A Saya yakin dengan keselamatan di sini.
B Saya berjaya meyakinkan ibu tentang tahap keselamatan di sini.
C Ibu mengizinkan saya menyertai perkhemahan ini.
D Ibu merestui semua program yang saya sertai.
18. Bilakah kamu akan datang ke rumah saya?
A Boleh juga, nanti saya minta izin daripada kedua – dua orang tua saya.
B Boleh, nanti saya ajak Zailan temankan saya.
C Esok, selepas kelas tambahan selesai.
D Mana boleh, saya tidak ada masa sekarang.
19. Mengapakah adik kamu menangis?
A Adik saya menangis sejak tadi lagi.
B Kaki adik digigit semut api.
C Adik baru sahaja bangun tidur.
D Adik berada dengan ibu di dapur.
20. Adakah kamu berada di dapur ketika kejadian itu terjadi?
A Ya, saya tidak berada di dapur ketika kejadian itu berlaku.
B Tidak, saya sebenarnya berada di dapur ketika itu.
C Saya tidak mahu menjawab soalan itu.
D Tidak, saya berada di dalam tandas pada masa itu.
No comments:
Post a Comment