KATA ADJEKTIF
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.
1. Lampin adik berbau _________ kerana dia telah kencing.
A hapak C kering
B hanyir D haring
2. Kita boleh menaiki kapal terbang untuk ke sesuatu destinasi kerana ia lebih _________ dan ________.
A baik…lambat C selesa…kuat
B lemah…deras D selesa…cepat
3. Kemarahan jurulatih itu ________ apabila melihat anak buahnya bermain
sambil lewa setelah pihak lawan menjaringkan gol.
A membara C menaik
B reda D membakar
4. Razak terpesona melihat sepasang burung merak yang _______ di Zoo Negara.
A lawa C anggun
B cantik D jelita
5. Kebanyakan penonton berasa ________ kerana perlawanan hoki itu
ditangguhkan akibat hujan sangat ________.
A kecewa…renyai C hampa…hebat
B duka…kuat D kecewa…lebat
6. Darah _______ memancut daripada tubuh Mahsuri selepas ditikam dengan keris akibat fitnah yang dilemparkan terhadapnya.
A merah C kuning
B putih D merun
7. Tidak ada orang yang sanggup membunuh kanak-kanak dan wanita seperti askar Israel kecuali orang yang tidak mempunyai _________ langsung.
A kasih sayang C harga diri
B peri laku D peri kemanusiaan
8. “Buah dokong itu rasanya _________ tetapi pokoknya sangat _________,” kata Nazrul.
A kelat…rendang C manis...tinggi
B manis...lurus D masam...rimbun
9. Para hadirin ________ kerana murid prasekolah itu ________ bercerita.
A hairan...handal C bangga...layak
B terharu...bijak D kagum...petah
10. Murni berasa ________ untuk berpisah dengan keluarga angkatnya setelah seminggu mengikuti
Program Khidmat Mahasiswa di kampung itu.
I pilu III sedih
II sayu IV kecewa
A I dan III C I, II dan III
B II dan III D I, II dan IV
11. Orang yang________________itu berasa berat hati hendak menderma kepada
anak__________itu.
A bakhir ... istimewa C sedih ... cacat
B pilu ... lembab D dungu ... nakal
12. Kuih itu memang_________tetapi terlalu_________ .
A enak ... pahit C sedap ... hanyir
B lazat ... manis D cantik ... payau
13. Dia berjaya kerana dia__________menghadapi cabaran yang mendatang.
A cekap C tabah
B tahan D tuntas
14. Mereka bersahabat___________sejak kecil lagi.
A intim C baik
B mesra D rapat
15. Bayi itu memang________________ .
A cantik C comel
B tampan D molek
16. Jangan makan keropok yang___________itu.
A lemau C hanyir
B garing D empuk
17 Budak yang____________ bagai bendul itu selalu dibuli oleh
pelajar-pelajar____________.
A hodoh ... sombong C dungu ... degil
B baik ... jahat D lurus ... nakal
18. Belilah barangan____________ . Jangan beli barangan___________ yang rendah mutu
barangannya.
A baik ... buruk C tulen ... palsu
B baru ... lama D klasik ... antik
19. Rumah orang miskin itu__________ .
A condong C bongkok
B bengkok D serong
20. Penggunaan istilah bahasa yang telah__________sesuai digunakan dalam perhubungan seharian.
A mampan C ceria
B padu D mantap
No comments:
Post a Comment