IMBUHAN
Pilih perkataan yang paling sesuai
1. Shamil _________ sambilan di restoran makanan segera itu untuk membantu ibunya .
A. kerja C. sekerja
B. bekerja D. pekerja
2. _________ “ salam abang kepada ibu dan ayah,” pesan Amin kepada adiknya.
A. Sampai C. Sesampai
B. Sampaikan D. Penyampai
3. Dalam program itu terdapat pelbagai kegiatan lasak yang menarik dan _________.
A. mencabar C. tercabar
B. cabaran D. pencabar
4. Mangsa kemalangan itu dibenarkan pulang setelah mendapat _________ sebagai pesakit luar .
A. perawat C. terawat
B. merawat D. rawatan
5. Bangunan bersejarah itu merupakan warisan negara yang tidak _______.
A. ternilai C. nilaian
B. menilai D. penilai
6. Pulau Sipadan amat sesuai sebagai tempat untuk aktiviti ________.
A. menyelam C. salami
B. penyelam D. berselam
7. Kami difahamkan bahawa ahli rombongan itu _________ pulang selepas jamuan ringan .
A. angkatan C.perangkat
B. mengangkat D.berangkat
8. Puan Hanizan _________ cili-cili kering itu sehingga lumat.
A. menggiling C. penggiling
B. bergiling D. giling
9. Kumpulan pendaki yang sesat itu telah dijumpai oleh pasukan _________ awal pagi semalam.
A. berselamat C. terselamat
B. penyelamat D. selamatan
10. Novel terbaru penulis terkenal itu telah _________ sebanyak setengah juta naskah.
A. berjual C. jualan
B. terjual D. menjual
11. Dilla merajuk kerana _________ nya tidak dituruti oleh suaminya.
A. hendakkan C. berkehendak
B. kehendak D. sekehendak
12. Pak Cik Fauzi dipulaukan oleh penduduk kampung sebagai akibat _________ orang kampung terhadapnya.
A. sangkaan C. prasangka
B. tersangka D. menyangka
13. Bangunan _________ langit di bandar itu milik syarikat ternama luar negara.
A. pencakar C. bercakar
B. mencakar D. cakaran
14. Pekerja-pekerja itu sedang _________ sungai itu untuk mengelakkan banjir kilat.
A. dalaman C. sedalam
B. mendalam D. memperdalam
15. Walaupun Jasni dan Aziz _________ tetapi hubungan mereka tidaklah mesra.
A. berkampung C. kampung
B. sekampung D. kampungan
16. “Jika tiada _________ kami akan pulang esok, ibu,” kata Azhar kepada ibunya.
A. perintang C. rintangan
B. terintang D. merintang
17. Ayah dan ibulah orang yang paling saya _________.
A. sayangi C. tersayang
B. sayangkan D. penyayang
18. Para pelajar yang akan menduduki peperiksaan digesa agar membuat persediaan awal dan bukannya _________ pada saat-saat akhir.
A. tertunggu C. menunggu
B. penunggu D. ditunggu
19. Kegiatan penyeludupan beras itu _________ hasil maklumat yang diberikan oleh orang ramai.
A. membongkar C. terbongkar
B. dibongkar D. pembongkar
20. Kerusi-kerusi itu kami _________ ke dinding supaya bilik ini lebih luas.
A. dekati C. berdekat
B. dekatkan D. mendekat
No comments:
Post a Comment