PENANDA WACANA
Pilih jawapan yang paling sesuai .
1. Dia tidak menghadiri latihan bola sepak pada petang itu __________ telah dimaklumkan oleh ketua
pasukan.
A sungguhpun C selain itu
B oleh itu D namun demikian
2.Sudah satu jam Tini menunggu Siti di perpustakaan, tetapi rakannya itu tidak datang. ________, dia
pulang ke rumah.
A Kalau begitu C Akhirnya
B Lepas itu D Di samping itu
3. Abang Irfan membuka sebuah restoran. ________, dia juga berniaga pakaian.
A Dengan itu C Lagipun
B Lantaran itu D Dalam pada itu
4. Kita tidak digalakkan keluar dari rumah seorang diri ___________ pada waktu malam .
A Jadi C Lebih-lebih lagi
B Justeru D Biarpun demikian
5. Mula-mula panaskan minyak di dalam kuali. __________, goreng keropok itu sehingga garing .
A Semenjak itu C Kemudian
B Walaupun begitu D Sebelum itu
6. Kami dibawa berjumpa dengan pengurus kilang itu. __________, beliau menunjukkan proses membuat tayar kepada kami .
A Selanjutnya C Selain itu
B Lebih-lebih lagi D Namun begitu
7. Lokman aktif dalam permainan bola sepak. ________, dia telah dipilih sebagai ketua pasukan bola sepak sekolahnya .
A Mungkin C Justeru
B Walau bagaimanapun D Kalau begitu
8. Mereka menjerit meminta tolong daripada jiran-jiran. __________ tiada sesiapa pun yang mendengarnya .
A Malangnya C Tambahan pula
B Lebih-lebih lagi D Dalam pada itu
9. Ashraf menyesal atas perbuatannya yang nakal selama ini. ___________, dia berazam hendak mengubah sikapnya.
A Namun begitu C Selanjutnya
B Kemudian D Oleh sebab itu
10. Datuknya meninggal dunia akibat sakit jantung minggu lalu. _________ wajahnya muram sahaja.
A Oleh itu C Semenjak itu
B Sebaliknya D Selepas itu
11. Orang ramai berusaha untuk memadamkan kebakaran di banglo itu. ___________, usaha tersebut tidak berjaya kerana api terlalu marak.
A Di samping itu C Selain itu
B Namun demikian D Lebih-lebih lagi
12. Dia tidak jadi ke rumah neneknya . __________dia bermain badminton dengan rakannya.
A Sebaliknya C Dalam pada itu
B Meskipun begitu D Malangnya
13. Danial bercita-cita hendak menjadi juruterbang.__________,dia mendapat galakan daripada ibu dan ayahnya.
A Namun C Tambahan pula
B sungguhpun demikian D Walaupun begitu
14. Kakak sedih kerana gagal dalam peperiksaannya._________, dia tidak berputus asa untuk terus berusaha.
A Meskipun C Oleh itu
B Sungguhpun begitu D Selain itu
15. Yasmin bukan cucu kandung Nenek Leha._________, dia tetap disayangi seperti cucu-cucu yang lain.
A Lantaran itu C Lepas itu
B Dengan itu D Namun begitu
16. Kami suka ke restoran itu kerana hidangannya enak ________. harganya berpatutan.
A Lagipun C Jadi
B Sebaliknya D Padahal
17. Badrul dan Hisham bergaduh sejak semalam. __________ mereka berbaik-baik semula.
A Justeru C Kalau begitu
B Akhirnya D Selain itu
18. Ibu mengisar lada di dapur. _______, dia membancuh air minuman.
A Lebih-lebih lagi C Biarpun demikian
B Semenjak itu D Dalam pada itu
19. Semua orang telah hadir. ___________, bolehlah kita mulakan mesyuarat ini.
A Dengan itu C Tambahan pula
B Selanjutnya D Walaupun begitu
20. Steven Choong tidak datang ke majlis hari jadi saya . _________ dia ada hal.
A Jadi C Di samping itu
B Mungkin D Sungguhpun demikian
No comments:
Post a Comment