www.sparklee.com

Saturday, October 8, 2011

TEKNIK MENJAWAB KEFAHAMAN

Tip Menjawab Soalan Sistem Bahasa UPSR

  1. Kod kertas 011 (SK) / 021 (SJK C/T).

    1. Masa yang diperuntukkan 50 minit sahaja. Elak mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab.

    1. Konteks sistem bahasa dalam ujian pemahaman.
                         
    A. Morfologi

    i. Bentuk kata
    §  kata tunggal
    §  kata terbitan
    §  kata majmuk
    §  kata ganda

    * Proses pembentukan kata Bahasa Melayu melalui:
    §  pengimbuhan
    §  penggandaan
    §  pemajmukan
       
    ii. Golongan kata
    §  kata nama
    §  kata kerja
    §  kata adjektif
    §  kata tugas

    B. Sintaksis

    Pengetahuan tentang ayat, pembinaan dan perluasan mengikut ragam yang
    sesuai.

    Ayat soalan
    Ayat jawapan
    Ayat sama maksud
    Ayat aktif / Ayat pasif
    Struktur ayat
    Cakap ajuk / pindah
    Ayat yang betul
    Ketepatan kata
    Kesalahan tatabahasa dalam ayat



    C. Peribahasa                     

    Mengetahui maksud simpulan bahasa dan penggunaannya dalam ayat atau
    penulisan.
                          
         
    D. Sistem ejaan

    Perkara yang diberi penekanan ialah :
                                                        
    i.      Kata asli Bahasa Melayu
    ii.    Ejaan kata pinjaman
    iii.   Ejaan kata dasar dan kata terbitan

    1. Baca setiap soalan dengan teliti.

    1. Untuk soalan bergambar, kenal pasti perkaitan antara soalan dengan gambar yang disertakan.

    1. Bilangan soalan adalah sebanyak 30 daripada 40 soalan.  Jenis soalan ialah;
      1. Aneka pilihan mudah. Soalan menghendaki calon memilih satu jawapan betul atau terbaik.
                                              i.    Empat opsyen jawapan A, B,c dan D
      1. Aneka pilihan kompleks. Soalan menghendaki murid memilih satu gabungan jawapan yang  betul atau  terbaik.
                                              i.    Empat pilihan jawapan bernombor roman
                                            ii.    Empat opsyen jawapan A, B,C dan D

    1. Kata tugas dalam soalan.

    Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
    Perkataan seerti bagi
    Perkataan berlawan bagi
    Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
    Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.
    Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
    Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
    Pilih ayat yang betul.

    1. Jawab soalan yang mudah dahulu.


    Tip Menjawab Soalan Pemahaman Petikan UPSR

    1. Soalan pemahaman petikan hanya menguji aspek pengetahuan tentang teks yang dibaca. Murid membaca dan memahami kandungan teks lalu mencari maklumat yang disoal.

    1. Baca petikan dengan teliti supaya isi petikan dapat anda fahami.

    1. Baca soalan-soalan serta pilihan jawapan yang dikemukakan dengan teliti.

    1. Cari kata kunci soalan kemudian cari maklumat dalam petikan. Seterusnya menanda / menggaris isi dalam teks.

    1. Garisi jawapan sekiranya jawapan yang dikehendaki itu dapat ditemukan dalam petikan.

    1. Telitilah jawapan pilihan yang lain juga. Pastikan bahawa jawapan yang anda pilih itu benar-benar menepati kehendak soalan.

    1. Kata tugas dalam soalan. Kata tugas (jenis-jenis  kata tanya) Membayangkan kerencaman  (kepelbagaian) tugasan dalam buku soalan. Contoh kata tugas:

    Bil
    Kata Tugas
    Respons yang Diharapkan
    1
    Apakah
    Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik
    2
    Siapakah
    Mengenal pasti individu dalam konteks tertentu
    3
    Bilakah
    Menyatakan masa atau waktu urutan sesuatu peristiwa
    4
    Di manakah
    Menyatakan tempat, kedudukan atau lokasi sesuatu peristiwa
    5
    Bagaimanakah
    Memperihalkan/ Memberi penerangan tentang cara/ keadaan/ langkah/ kejadian
    6
    Mengapakah
    Memberi sebab
    7
    Berapakah
    Menyatakan kuantiti
    8
    Manakah
    Menyatakan pilihan
    9
    Tuliskan
    Menulis maklumat berdasarkan respons yang diharapkan
    10
    Nyatakan
    Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan huraian lanjut/huraian/sokongan
    11
    Ulaskan
    Memberi pandangan/ pendapat/ komen/ kritik
    12
    Pilih
    Membuat pilihan jawapan
    13
    Isikan
    Memasukkan jawapan yang sesuai
    14
    Bezakan
    Menyatakan kelainan / ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara
    15
    Bincangkan
    Memberikan penerangan / pandangan daripada pelbagai aspek
    16
    Catatkan
    Merakam sesuatu maklumat

    1. Berhati-hatilah ketika menjawab soalan supaya tidak terperangkap oleh teknik penyoalan. Misalnya, soalan yang menggunakan kata kecuali, bukan, tidak benar, lawan, seerti dan sebagainya.

    1. Jangan sekali-kali memberikan jawapan hanya berdasarkan pemahaman anda tanpa merujuki konteks ayat. Biasanya soalan-soalan yang menanyakan erti kata, lawan kata, maksud rangkai kata dan maksud peribahasa, pemilihan katanya adalah berdasarkan konteks ayat dalam petikan.

    1. Terdapat juga soalan-soalan yang berbentuk tersirat. Misalnya, soalan yang bertanyakan pendapat anda. Untuk menjawab soalan seperti ini, carilah jawapan yang paling tepat dan logik.

    1. Sekiranya terdapat soalan yang menanyakan tema, isi-isi penting dan tajuk, anda perlu memahami petikan tersebut secara keseluruhannya untuk mendapatkan jawapannya.

    No comments:

    Post a Comment