www.sparklee.com

Saturday, October 8, 2011

Tip Menjawab Soalan Sistem Bahasa UPSR

1. Kod kertas 011 (SK) / 021 (SJK C/T).

2. Massa yang diperuntukkan 50 minit sahaja. Elak mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab.

3. Konteks sistem bahasa dalam ujian pemahaman.

A. Morfologi

i. Bentuk kata
  • kata tunggal
  • kata terbitan
  • kata majmuk
  • kata ganda
* Proses pembentukan kata Bahasa Melayu melalui:
  • pengimbuhan
  • penggandaan
  • pemajmukan
ii. Golongan kata
  • kata nama
  • kata kerja
  • kata adjektif
  • kata tugas
B. Sintaksis

Pengetahuan tentang ayat, pembinaan dan perluasan mengikut ragam yang
sesuai.

  • Ayat soalan
  • Ayat jawapan
  • Ayat sama maksud
  • Ayat aktif / Ayat pasif
  • Struktur ayatCakap ajuk / pindah
  • Ayat yang betul
  • Ketepatan kata
  • Kesalahan tatabahasa dalam ayat
C. Peribahasa

Mengetahui maksud simpulan bahasa dan penggunaannya dalam ayat atau
penulisan.

D. Sistem ejaan

Perkara yang diberi penekanan ialah :
  • Kata asli Bahasa Melayu
  • Ejaan kata pinjaman
  • Ejaan kata dasar dan kata terbitan
4. Baca setiap soalan dengan teliti.

5. Untuk soalan bergambar, kenal pasti perkaitan antara soalan dengan gambar yang disertakan.

6. Bilangan soalan adalah sebanyak 30 daripada 40 soalan. Jenis soalan ialah:

A. Aneka pilihan mudah. Soalan menghendaki calon memilih satu jawapan betul atau terbaik.
i. Empat opsyen jawapan A, B,c dan D

B. Aneka pilihan kompleks. Soalan menghendaki murid memilih satu gabungan jawapan yang betul atau terbaik.
i. Empat pilihan jawapan bernombor roman
ii. Empat opsyen jawapan A, B,C dan D

7. Kata tugas dalam soalan.Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
  • Perkataan seerti bagi
  • Perkataan berlawan bagi
  • Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
  • Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.
  • Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
  • Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
  • Pilih ayat yang betul.
8. Jawab soalan yang mudah dahulu.

No comments:

Post a Comment