1. Ada kemenyan sebesar lutut, tidak dibakar tak akan berbau
Ertinya :
Tidak berguna seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan sekiranya tidak diajarkan kepada orang lain.
Contoh ayat :
Encik Ahmad seorang lepasan pusat pengajian tinggi tetapi beliau tidak mahu bekerja atau mengajar orang lain. Sikapnya umpama ada kemenyang sebesar lutut, tidak dibakar tak akan berbau.

2. Alah bisa tegal biasa
Ertinya :
Biasa melakukan pelbagai pekerjaan sehingga tidak sukar melakukan pekerjaan yang susah.
Contoh ayat :
Murad sudah biasa melakukan pekerjaan berat sehingga dia tidak berasa kekok untuk melakukan sebarang pekerjaan lain. Sikap alah bisa tegal biasanya amat disukai oleh ketuanya.
3. Ada ubi ada batas
Ertinya :
Setiap perbuatan tentu ada pembalasannya.
Contoh ayat:
Kasim amat marah kerana berasa tertipu, dia menyimpan dendam untuk membalas perbuatan Husin kepadanya.Ada ubi ada batas, ada hari aku balas.

4. Ada udang di sebalik batu
Ertinya :
Melakukan kebaikan tetapi berharapkan balasan.
Contoh ayat :
Rosnah pura- pura berbuat baik dengan ibunya hanya untuk mendapat wang. Sikapnya seperti ada udang di sebalik batu.
5. Anak diriba diletakkan, kera di hutan disusukan
Ertinya :
Lebih mementingkan kerja orang daripada kerjanya sendiri.
Contoh ayat :
Malek lebih mementingkan rakan- rakanya daripada keluarganya, dia ibarat anak diriba diletakkan, keta di hutan disusukan.

No comments:
Post a Comment